Google+ Followers

Thursday, 18 May 2017

Rendang Ayam Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi menu CikSa untuk anak-anak dan suami tersayang adalah Rendang Ayam..weeee. Husband CikSa memang suka tau makan rendang ayam ni siap cicah dengan roti lagi hehee.

Time raya wajib kan ada rendang ayam dimakan dengan nasi impit. Nak makan dengan pulut kuning juga best.sedap ngat..yummyy

Walaupun CikSa sekarang tengah detox , memasak untuk family adalah wajib setiap hari untuk memastikan makanan yang diambil betul-betul sihat dan bersih.
Say No to Tok Aji hahahahaha

Okey. Berbalik pada resepi yang ingin CikSa kongsikan, CikSa memilih untuk buat sendiri rendang ayam ni tanpa menggunakan  perencah segera. 








Resepi Rendang Ayam
sentuhan kasih CikSa @ Mama Sara

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar - dikisar
1 labu bawang putih -dikisar
2 inchi halia - ditumbuk
2 inchi lengkuas -ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
2 sudu serbuk Cili
1 sudu besar Cili Giling
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping
Gula
Garam
2 sudu besar kerisik
4 helai Duan Limau Purut
1 helai Daun Kunyit


Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah penumis (3 serangkai) tadi beserta bahan yang dikisar dan juga serai. Tumis sehingga naik baunya. 

2. Kemudian masukkan serbuk cili dan cili giling, serbuk kunyit, halia dan lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga nampak garing sedikit.

3. Masukkan ayam dan gaul biar rata dan tutup penutup kuali .biarkan ayam kecut dan masukkan sedikit santan dengan air untuk memastikan ayam tadi betul-betul masak. kemudian masukkan kesemua santan dan gunakan api yang perlahan.

4. Setelah ayam masak , boleh lah masukkan kerisik , gula, garam secukup rasa. masak sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak. Jika nak ada kuah sedikit, tak perlu kuah agak kering ye. akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba! :)






Sunday, 16 April 2017

Membina Fokus Kanak-kanak




Ramai ibu bapa merungut anak mereka kurang fokus semasa belajar. Hanya boleh bertahan untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Sebenarnya fokus anak-anak ini boleh dibentuk dari masa ke masa. Antara tips dan cara yang boleh dilakukan ialah:

1. Matikan semua alat elektronik. Yang ni sangat penting. Sorokkan gadget-gadget. Cuba amalkan tips pertama ni, fokus anak akan naik berlipat kali ganda.

2. Strategi pembelajaran yang menyeronokkan. Ringkaskan ilmu yang nak diberi. Jadikannya dalam bentuk yang santai dan menggembirakan. Senyum dan jangan marah. Ini juga sangat penting. Jangan jadikan belajar satu yang membebankan. Ibu hendaklah kreatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

3. Tempat belajar yang tenang dan nyaman. Minda anak suka kepada suasana tenang. Semakin tenang, semakin mudah fokus.

4. Rehat yang cukup. Bila mereka cukup rehat, minda mereka akan bersedia terima apa jua maklumat baru. Jika mereka letih, gunalah strategi mak nenek apapun, ianya takkan menjadi :)

5. Minum banyak air. Air adalah nyawa bagi otak. Otak akan lesu jika air kurang. Air yang cukup menyebabkan otak akan lebih mudah fokus.

6. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.

7. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.

Pengambilan Omega dan Lecithin membantu anak-anak untuk lebih fokus.



Monday, 13 March 2017

GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA LELAKI


1. Rasa tidak selesa di dada tengah selama beberapa minit. Rasa itu datang dan pergi.

2. Rasa tidak selesa ini menyebabkan sakit hingga ke bahu, leher dan lengan kiri. Rasa sakit ini sama ada sekejap atau konsisten.

3. Rasa sakit boleh juga menyerang di bahagian hulu hati perut. Jangan biarkan rasa sakit ini. 

4. Salah satu tanda lagi serangan jantung awal ialah rasa sesak nafas akibat kekurangan oksigen. 

5. Rasa sakit dada semasa bernafas dan denyutan jantung menjadi laju.

6. Rasa mual dan muntah kerana ada ransangan dalam sistem saraf tubuh

7. Tanda lain pada seorang lelaki yang diserang jantung ialah berpeluh dan peningkatan suhu badan

8. Muka kelihatan pucat dan rasa pusing kepala.

9. Mudah lelah, gangguan pencernaan, rasa gelisah dan cemas.

10. Tidak dapat tidur dengan baik

Dapatkan Set Jantung Sihat dari Shaklee demi memastikan Jantung anda terus berdegup untuk yang tersayang.


Perunding Kesihatan Anda,
Shaklee Ind. Distributor
Sarah Zakaria
+60192659019



Tuesday, 29 November 2016

VITAMIN DAN ANAK-ANAK PERLU KE?


Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.

Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Tanggungjawab ibu akan bertambah berat bila memikirkan berapa kilo sayur kena makan ni? 
Apa jenis lauk ikan, daging atau ayam kena beli? 

Bagaimana dengan proses penyediaan makanan pula. Bolehkah kita memastikan zat-zat vitamin yang terdapat dalam makanan itu kekal atau hilang? Stress dan memang stress bila kita fikir macam ni. Betul tak?

Dari kajian menunjukkan pelbagai masalah kesihatan kanak2 termasuk asma dan ekzema berkait rapat dengan pemakanan – pengambilan ikan dan bijirin. 

Kajian yang dibuat ke atas 598 kanak2 menunjukkan peningkatan terhadap kesihatan kanak2 yang menghidap masalah di atas setelah menambah pengambilan ikan dan serat, manakala menambah pengambilan buah dan sayur tidak membantu untuk mengurangkan masalah mereka.

Jadi, apa yang anak kita perlukan dari sumber ikan dan bijirin tu? – Protein,Minyak ikan, Serat.

Namun, menurut environmentalist, pengambilan ikan yang banyak boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana kandungan logam berat seperti merkuri akibat pencemaran air laut. Jadi, dari mana kita nak dapatkan kebaikan protein dan minyak ikan ni? 

Sesibuk mana pun kita sebagai ibubapa, keperluan makanan anak jangan diabaikan. Bagi mengurangkan bebanan dan keluh kesah ibubapa, di sini saya mengesyorkan untuk mengambil makanan tambahan atau vitamin sebagai keperluan nutirisi makanan lengkap untuk anak mereka. 




PM saya untuk saya bantu anda berikan konsultasi secara PERCUMA untuk pemakanan terbaik Si Manja. 

Berikan yang terbaik untuk yang tersayang.



Ask me for consultation,Siti Sarah ZakariaWhatsApp/Telegram: 019-265 9019Your Shaklee Independent Distributor since 2012Shaklee ID: 893982
 

Wednesday, 23 November 2016

Kandungan Nutrien di dalam Alfalfa Complex


[ KANDUNGAN NUTRIEN YANG TERDAPAT DI DALAM ALFALFA COMPLEX DAN MANFAAT SETIAP NUTRIEN ]




VITAMIN A
-----------
✔️Baik untuk penglihatan;
✔️Membina daya tahan terhadap jangkitan terutamanya dalam saluran pernafasan;
✔️Menggalakkan pertumbuhan sel;
✔️Menggalakkan kulit yang sihat.


VITAMIN U
-----------
✔️Menggalakkan kesihatan badan;
✔️Membantu mengatasi ulser peptik.


VITAMIN E
-----------
✔️Melindungi sel-sel daripada sinar uv;
✔️Baik untuk kesihatan jantung & kesihatan otot;
✔️Memperbaiki sistem imun badan;
✔️Menguatkan dinding pembuluh darah;
✔️Membantu fokus mata.


VITAMIN B6
------------
✔️Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak;
✔️Menggalakkan kesihatan saraf dan kulit;
✔️Membantu mengurangkan loya bagi ibu hamil.


VITAMIN K
-----------
✔️Penting dalam fungsi hati dan pembekuan darah.
.
VITAMIN D
-----------
✔️Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan.


KALSIUM
----------
✔️Membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi;
✔️Membantu pembekuan darah;
✔️Mengawal rentak jantung;
✔️Membantu dalam pembinaan sel saraf dan fungsi saraf.


ZAT BESI
----------
✔️Diperlukan dalam penghasilan hemoglobin (sel darah merah).


KALIUM
---------
✔️Membantu fungsi otot, jantung, dan tindakbalas enzim;
✔️Membantu dalam pencernaan lemak.


FOSFORUS
------------
✔️Meningkatkan peranan tisu saraf.


KLORIN (KLORIDA)
-------------------
✔️Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan;
✔️Mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.


SODIUM
---------
✔️Mengawal keseimbangan cecair dalam badan;
✔️Meneutralkan asid dalam badan;
✔️Menghalang pembekuan darah;
✔️Mengaktifkan sistem limpa, usus dan fungsi perut.


SILICON MAGNESIUM
-----------------------
✔️Membantu badan untuk menangani sembelit;
✔️Merangsang fungsi otak;
✔️Melindungi kulit dan badan;
✔️Baik untuk ketahanan saraf;


PROTEIN
----------
✔️18.9% berbanding daging lembu;
✔️3.3% berbanding susu;
✔️13.1% berbanding telur.
.
.
Bagaimana ingin dapatkannya pada harga promosi pada bulan November 2016? Hubungi pengedar anda segera!

Ask me for consultation,
Siti Sarah Zakaria
WhatsApp/Telegram: 019-265 9019
Your Shaklee Independent Distributor since 2012
Shaklee ID: 893982


Friday, 29 April 2016

Khasiat Makanan Berwarna Oren, Jingga dan Kuning

Perlu ke kita makan makanan banyak warna dalam diet seharian. Antaranya warna oren, jingga dan kuning.

Sebenarnya makanan berwarna oren, jingga dan kuning TINGGI kandungan karotenoid yang berfungsi untuk:

🍊 Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
🍊 Sumber Vitamin A terbaik
🍊 Membetulkan fungsi organ tubuh
🍊 Meningkatkan sistem imunisasi

Carotomax Shaklee antara vitamin yang mengandungi karotenoid yang mengandungi

👉🏻 Beta Karotena Sama dengan 102 bahagian Pisang
👉🏻 Lycopena sama dengan 714 bahagian Aprikot
👉🏻 Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 bahagian pink grapefruit
👉🏻 Alpha karoten sama dengan 89 bahagian Raspberi

Larat ke nak telan buah-buah tersebut? Jadi pengambilan 1 biji carotomax sehari amat penting untuk mata dan kulit yang sihat.


posted from Bloggeroid

Monday, 25 April 2016

5 KHASIAT SAYURAN HIJAU

1. Membantu proses menurunkan berat badan

Ia rendah karbohidrat dan kaya dengan serat. Bantu beri rasa kenyang berpanjangan. Menu sangat sesuai untuk penurunan berat badan.

2. Mencantikkan kulit

Mangandungi banyak air, bantu badan kekal kelembapan dan menyumbang pada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen. Mengurangkan risiko arthritis. M

3. Membina dan memperbaiki tulang

Sayuran hijau seperti kailan tinggi dengan kalsium dapat bantu pastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.

4. Memastikan sistem imun kuat

Sayur seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

5. Menangani masalah kesihatan

Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.

Bagi anda yang sukar untuk makan sayur, ini masanya untuk anda mula berjinak-jinak mengambil sayur dalam diet seharian.



Tahukah anda 5 jenis tumbuhan terbaik untuk membersihkan badan dari toksin ialah Alfalfa, Milk Thistle, Daun Senna, Halia dan Polyphenols.

Alfalfa -> Agen mencuci darah
Milk Thistle ---> Agen mencuci hati
Daun Senna ---> Agen mencuci usu
Halia ---> Agen pemecah angin
Polifenol -
> Agen anti penuaan dan radang

Jangan biarkan tubuh badan kita dipenuhi racun. Jom detox bersama saya.



Bulan ni ada promosi set detox. Hubungi saya untuk info lanjut.

posted from Bloggeroid

Atasi Masalah Mata Kering dengan Omega-3

Masalah mata kering boleh diatasi dengan mempertingkat pengambilan minyak ikan. Minyak ikan semulajadi mengandungi kebaikan asid omega-3 (EPA dan DHA) yang sangat baik untuk mata.

Kajian klinikal menunjukkan wanita yang meningkatkan sumber omega-3 dalam diet mereka mempunyai risiko sindrom mata kering yang lebih rendah berbanding wanita yang kurang pengambilan minyak ikan.

Pengambilan minyak ikan harian yang disarankan adalah sebanyak 500mg bagi
dewasa (tingkatkan 2 kali ganda jika mengalami penyakit jantung).

Anda juga boleh ambil dalam bentuk supplement. Omega Guard Shaklee pilihan terbaik untuk mengatasi masalah mata kering.


posted from Bloggeroid

Saturday, 9 April 2016

Hilangkan Parut dengan Mudah dan Selamat

Parut di wajah atau di anggota badan yang lain memang sangat memalukan dan boleh menyebabkan rasa rendah diri, hilang keyakinan untuk berada bersama orang lain, bersama kawan-kawan mahupun pasangan hidup.

PARUT HILANG SEMUDAH ABC

Pelbagai punca yang boleh meninggalkan sangat cela atau parut antaranya

Kemalangan
Jerawat
Chicken Pox
Luka Pembedahan
Stretch Mark

Berita baik untuk anda yang mempunyai masalah parut ini.

Sustained Release Vitamin C, Vitamin E Complex dan ESP boleh mengembalikan keceriaan dan meratakan kesan parut anda.

😀 SR Vita C Plus penting untuk pertumbuhan tisu, membantu membaik pulih tisu, merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

😀 Vitamin E membantu memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah kepada radikal bebas agar tidak rosak. Ia juga membantu memperbaiki tekstur kulit, tona kulit yang tidak sekata, mengelakkan penuaan awal dan membantu masalah parut.

😀 ESP membantu memperbaharui sel kulit dan penghasilan sel kulit baru yang sihat. Jadi no more dead cells atau sel mati yang diulang copy banyak kali hehehee

Hubungi saya untuk mendapatkannya dan konsultasi adalah PERCUMA.

Attention:
Bulan ini SR Vitamin C Plus ada offer tau!
Beli 2 botol dapat less 5%.
Beli 7 botol pada harga 6 botol.
Jom dapatkan segera sementara stok masih ada.


posted from Bloggeroid

Designed by UMIESUEstudio 2014