Google+ Followers

Thursday, 14 February 2013

Vitamin Untuk Tumit Kaki Merekah!!!


Cuba lihat tumit kaki anda sebentar. Adakah ia,

(1) Lembut, licin, dan kemerah-merahan? ATAU,
(2) Kasar, merekah dan kehitam-hitaman di garisan yang pecah?



Kerapkali saya bertemu dengan rakan wanita yang lawa rupanya, licin kulit mukanya, dan cantik penampilannya, namun, apabila kita lihat tumit kakinya, nampak kulit itu merekah dan pecah. Ada kala diiringi dengan warna kehitam-hitaman yang kurang menyenangkan mata, walhal rakan ini masih muda belia.

Benar, sebagai Muslim kita perlu menutupi bahagian tersebut dari pandangan umum, tetapi, tidak mahukah kita cantik buat suami, atau sekurang-kurangnya cantik dan sihat untuk diri sendiri? Ini kerana, jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, adakalanya kawasan rekahan ini akan bertambah teruk sehingga berdarah.

Apakah penyebab tumit kaki merekah atau pecah-pecah ini?

Ia ialah masalah kaki yang biasa, disebabkan oleh kulit tumit yang kering, dan akan lebih teruk apabila kulit di bahagian tumit ini tebal berbanding biasa. Ia menyebabkan si empunya kaki merasa sakit untuk berdiri dan adakalanya menyebabkan pendarahan di tumit. Keadaan ini juga dikaitkan dengan kekurangan Kalsium, Magnesium, Zat Besi dan Vitamin-E.

Faktor-faktornya ialah:
(1) Berdiri terlalu lama.
(2) Terlebih berat badan.
(3) Memakai kasut yang terbuka di bahagian tumit (open back shoes).
(4) Masalah kesihatan yang menyebabkan kulit menjadi kering, contohnya kencing manis (Diabetes).
(5) Kesihatan kulit (i.e. psoriasis).

Penjagaan asas untuk luaran:
Untuk penjagaan luaran, anda boleh sahaja membeli berus (untuk menyental sel & kulit mati) dan krim kaki bersesuaian (untuk melembapkan) yang khas untuk penjagaan kaki, terutama tumit kaki. Di Shaklee, anda juga boleh menggunakan Shaklee Herbal Blend Cream.

Penjagaan asas untuk dalaman:
Namun, kecantikan itu datang dari dalam, bukan? Jadi, di samping rawatan luaran, anda perlulah membajai kaki anda dari dalam juga, kerana beauty comes from within!

Di Shaklee, supplemen yang sesuai ialah..

1) Vita-Lea: Multivitamin & multimineral, lengkap dengan formula zat besi.

2) B-Complex: Mengekalkan kelembapan kulit.

3) Vitamin-C: Sumber kolagen kulit & anti-oksidan.

4) OsteMatrix: Merawat masalah pecah-pecah di telapak kaki & rekahan di tumit kaki.


BOLEH JUGAK AMALKAN PETUA Melayu (penjagaan luaran):

(1) Ambil sebiji limau purut, hiris dan gosokkan di tapak kaki pada setiap pagi sebelum mandi.

(2) Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Sapukan getah betik tadi pada tumit kaki.

(3) Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama setengah jam.

(4) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

P/S : Amalkanlah tips & petua ini (penjagaan luaran & dalaman yang seimbang) dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

Credit to: Za Fair SGL

Jika berminat nak mendapatkan produk shaklee, boleh hubungi saya di,

Puan Siti Sarah [MamaSara]
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 893982 |  sarah@safa.com.my 
 Whatsapp/sms: 019-2659019 (Sara)
Seri Kembangan Selangor
Penghantaran ke Seluruh Malaysia



Post a Comment
Designed by UMIESUEstudio 2014