Google+ Followers

Sunday, 30 November 2014

Sabun Untuk Cuci Botol Susu Anak, Bebas Bahan Kimia

Dish Wash Concentrate Tangkas Menghapuskan Minyak

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Credit: Shaklee Malaysia

Hand Dish Wash ~ peneman saya di dapur




Saya gunakan untuk cuci botol2 susu anak sy..botol2 nampak berkilat bersih jer, memang best, boleh juga digunakan utk basuh pinggan mangkuk...natural & bau fresh je uolls

Sesuai sangat untuk ibu2 yg allergik pada sabun, sgt lembut pada tangan..
bebas bahan kimia...
diekstrak drp jagung..
Anak2 pun tidak terdedah kpd bahan kimia kan ~~

Hanya setitik dua je sekali cucian..tahan lama berbulan2 sebab pekat..Hanya RM28 sahaja.Harga retail...473ml.
Jika nak lagi jimat join la keahlian shaklee hari ini.Hanya RM65 sahaja seumur hidup untuk pendaftaran. Murah je kan.Berbaloi sgt.

Ingin dapatkan produk shaklee dan mempunyai masalah kesihatan, hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.

Ingin menjana income 3, 4, 5 angka dari rumah, hubungi saya, MENTOR SHAKLEE HEBAT ANDA!!
Grab tawaran hebat 3C yg shaklee tawarkan.

Detail & order;
Siti Sarah Zakaria
Senior Coordinator Shaklee Malaysia
ID: 893982
Whatsapp/WeChat/Telegram: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com




Wednesday, 26 November 2014

Suplemen untuk Tambah Tenaga, Atasi Masalah Keletihan Melampau

Anda selalu penat? walaupun dah cukup tidur tetapi badan masih rasa lemah, kurang bermaya, kurang bertenaga. Usia dah semakin meningkat,nak tambahkan tenaga, nak jaga otot badan.Anda jejaka tampan atau wanita hebat yang mementingkan kesihatan secara menyeluruh? Di sini, sy mencadangkan anda 4 jenis supplemen seperti di bawah:



1. CoQHealth Plus -

mengandungi 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL,
meningkatkan peredaran darah, membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Mengandungi 30 kapsul.Penggunaan untuk sebulan.

2. Vivix -

Vivix merupakan anti-penuaan shaklee,memberikan tenaga dan memperbaiki sel-sel sehingga DNA. Hanya 1 sudu kecil sehari. Penggunaan 1 botol adalah selama 2 bulan.

Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaan sel.

Antioksidan terhebat untuk mencegah segala kanser dan mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

3. ESP - Soy Protein Isolate Powder (850g)

Merupakan hot seller shaklee.
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan. Serbuk ESP shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol
Menjaga otot.
Sangat membantu masalah gastrik.
Tidak sesuai untuk pesakit gout.

Kebaikan ESP:
- Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya.
- Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dengan terkawal.
- untuk kesihatan secara menyeluruh, mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai untuk pesakit diabetes.

Penggunaan untuk 2 bulan jika diambil 2x sehari sebelum sarapan, sebelum dinner atau after workout.

4. Omega Guard

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

UNTUK BULAN NOVEMBER 2014 SAHAJA, GET 5% DISCOUNT UNTUK PEMBELIAN 2 BOTOL OMEGA GUARD.

More info & order,
Siti Sarah Zakaria
Shaklee ID: 893982
Whatsapp/Wechat/Telegram/Call: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com
FB: Siti Sarah Zakaria
Page : Your Health Partners

posted from Bloggeroid

Sunday, 23 November 2014

Tips Untuk Ibu Bapa Cemerlang

Jom amalkan 10 tips utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

posted from Bloggeroid

Monday, 10 November 2014

Push Factor untuk Berjaya dalam Shaklee

Assalamualaikum wbt semua kawan2 dan pembaca setia blog saya yourhealthpartners.com.my.

Antara push factor kuat saya untuk berjaya dalam Shaklee adalah anak2 saya yang masih kecil. Putera dan puteri kesayangan mama yang hensemmm dan comelll. Diberi nama Aisya Damia Syuhada (3yr) dan Afif Ulwan Mustaqim (4yr)...selang umur diorang adalah lebih kurang 19bulan sahaja hihi..Alhamdulillah syukur dikurniakan anak2 syurga ini. Kedua2 mereka mempunyai kelebihan masing2 dan ragam yang berbeza..hihi kata orang 10 orang anak, 10 jenis la ragamnya..
Syukur, anak sememangnya anugerah Allah yang sangat bernilai, pembawa rezeki buat setiap ibu ayah....


Masing2 menggayakan baju yang kami beli di Port Dickson
pada 2hb November 2014 yang lalu, celebrate besday Aisya Damia.

Untuk pengetahuan kawan2, di dalam biz shaklee juga saya merupakan Coach untuk anak2 cucu cicit shaklee saya. Saya banyak coaching diorang secara online through whatsapp/ fb dan sometimes saya jumpa diorang face to face untuk coaching secara offline..Guide diorang dari semasa ke semasa dan saya ada group fb sendiri untuk diorang. Saya bernekad untuk meneruskan perjuangan dalam dunia shaklee walaupun banyak tugas lain saya kena lakukan,niat kerana Allah, membantu lebih ramai org menjalani hidup dengan lebih sihat dan membimbing anak cucu cicit empayar Safa Jutawan Shaklee berjaya mendapat income 4-5 angka sebulan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi org Islam. In Shaa Allah.

Saya nampak shaklee ni sangat bagus. Modal tidak diperlukan, tidak perlu invest banyak wang untuk dapat bonus setiap bulan tetapi jeng jeng anda perlu modal tenaga, masa dan emosi untuk berjaya dalam Shaklee.Macam mane tu??? Secara ringkasnya, dalam Shaklee tiada istilah goyang kaki semua..Yang pertama pastikan anda mempunyai internet untuk memudahkan anda update info kat laman sosial like fb, blog, twitter, instagram.
Untuk join shaklee, anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 sahaja. Keahlian shaklee ini adalah seumur hidup. Nak join shaklee dengan FREE MEMBERSHIP pun boleh, iaitu dengan cara mengumpul order terlebih dahulu sehingga 200uv iaitu lebih kurang RM650. Saya akan guide ahli yang join bawah saya sehingga berjaya.

Ok berbalik kepada push factor saya nak berjaya dalam shaklee,

Selain anak, saya juga mempunyai Vision Board saya sendiri dan 99 impian saya yang mesti saya realisasikan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir, ini misi hidup saya. Saya listkan satu persatu impian yang saya nak dalam hidup dan menampal pada dinding workstation saya di rumah. Setiap hari saya akan visualize them. Semoga Allah makbulkan impian saya untuk melihat orang2 di sekeliling saya bahagia terutamanya ma dan arwah abah, suami saya yang tercinta dan anak2 saya. Jangan takut untuk berangan atau bermimpi kerana jika ditulis dan kita minta daripadaNya In Shaa Allah akan tercapai akhirnya. Aamiin

Di sini saya ingin share impian saya yang boleh dikongsi bersama.semoga memberi inspirasi anda yang luar sana.
Tulis dan tampal tau...



IMPIAN SAYA

FINANCIAL FREEDOM

ADA LONG TERM SAVINGS FOR SPENDING

INVESTMENT 

UMRAH, HAJI

ROUND THE WORLD (UK, US, SWITZERLAND)

MASA LEBIH DENGAN FAMILY & ANAK2

MENAMBAH NILAI LEBIH RAMAI ORANG & MENYENTUH KEHIDUPAN RAMAI LAGI ORANG

LAHIRKAN RAMAI LEADERS 5 ANGKA

LAHIRKAN 4-5 ORANG MASTERS PER CYCLE

CUSTOMER SEMAKIN RAMAI

AHLI BARU SHAKLEE SEMAKIN RAMAI


Ok....Bagaimana saya terjebak dalam Shaklee??

Semasa breastfeeding anak sulong saya Afif Ulwan, saya merasakan tubuh sangat lemah dan saya mencari penyelesaian dengan tanya Pak cik google hihi dan terjumpa vitamin kesihatan untuk ibu menyusu. saya mencuba set penyusuan shaklee..Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga dan dapat menyusukan anak saya sehingga setahun lebih.

Apabila mengetahui saya hamil, saya terpaksa stop menyusukan afif kerana bimbingkan kandungan  sebab ramai suara yang mengatakan akan efek pada baby dalam kandungan. Rasa bersalah juga dan menyesal menghentikan penyusuan ini, kesian afif.....Ramai juga still continue breastfeeding walaupun hamil kan. Mungkin ini yang terbaik dan perancangan Allah adalah terbaik.

Dan kali ke2 mencuba shaklee semasa susu badan merudum ketika bulan puasa hampir tiba, pada  ketika itu  saya bf anak yang ke2. Set yang saya consume adalah Set Mighty 3 Gems (Esp, MealShakes & Performance Drink).Alhamdulillah susu banyak sepanjang bulan Puasa tanpa saya risau lagi.

Selepas perubahan yang saya rasai, badan pun bertenaga, afif yg ada masalah eczema alhamdulillah beransur pulih setelah mengamalkan MealShakes....Akhirnya saya mengambil keputusan untuk sign up sebagai member shaklee pada 11 Oktober 2012 untuk berkongsi dengan orang lain kebaikan shaklee dan untuk jadikan side income, ingin meringankan beban suami saya pada ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat swasta di BB Bangi sebagai procurement engineer. Alhamdulillah saya sangat bersyukur diketemukan dengan shaklee.
Shaklee pada ketika itu belum famous macam sekarang tau...hehe ramai yang belum mengenali shaklee.

Ingin menjana income 3,4,5 angka dari rumah, hubungi saya untuk join project RM500. Hanya 5 orang sahaja yang saya perlukan untuk bulan ini. 

Saya komited untuk membantu mereka yang serius untuk merubah hidup ke arah lebih baik dari segala aspek.



More info & order,
Siti Sarah Zakaria
Shaklee ID: 893982
Call/Whatsapp/Telegram: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com
Page: Your Health Partners






posted from Bloggeroid

Saturday, 8 November 2014

Sedekah Subuh

INGIN DIMURAHKAN REZEKI? INGIN PERNIAGAAN MAJU? INGIN URUSAN DIPERMUDAHKAN? INGIN KAYA? INGIN TENANG?INGIN BAHAGIA? 
JOM SEDEKAH SUBUH...

forward whatsapp daripada kawan sarah dalam group whatsapp kami 'Amalan Rohani'..jom baca semoga bermanfaat

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stress. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.




oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar. 

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.



CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...jom sama2 kita praktikkan..boleh start buat untuk anak2 kita yang masih kecil..
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Semoga kita sama-sama amalkan.Mencari keredhaan Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin




Wednesday, 29 October 2014

Resepi ESP + Kiub Ais Choc

Assalamualaikum wbt..saje nak share..sarah punye favourite shake..

Petang tadi sarah ada buat resepi terbaru ESP...pelbagaikan cara minum ESP..best gitew lagi2 tengah promosi memang addicted tiap2 hari wajib minum ESP bulan ni hihi 2x sehari..

boleh buat kita kenyang sampai malam, sesuai untuk mereka yang nak berdiet, turunkan berat badan, taknak bagi makan berlebihan..boleh control selera makan kita..

Ini dia..sedappp sgt..boleh la uolls cuba..kelmarin lagi buat kiub ais ni..sarah guna Oligo Chocolate..













Selamat mencuba :)


posted from Bloggeroid

Tuesday, 28 October 2014

Dapatkan Keahlian Percuma dengan Promosi Bulan ini



Promosi ESP dan MealShakes akan berakhir pada 31hb Oktober 2014..Rugii sape2 yang tak grab semasa tengah offer ni..jimat berganda, berbaloi-baloi.
ini gambar kelmarin, stok shaklee baru smpai..panas lagi nih.khas utk yang nak COD & postage..

Promosi Oktober 2014;
ESP Buy 6 Free 1
MealShakes Buy 3 Free 1

Mostly customer bulan ni grab ESP BUY 6 FREE 1 sebab jarang2 sekali promosi macam ni. Dengan pembelian set ini, customer akan dapat Free membership shaklee seumur hidup, automatic akan menjadi ahli/ejen shaklee, bonus shaklee +RM36 akan dapat pada pertengahan bulan hadapan atas pembelian tadi.Untuk pakej offer ini, saya akan order secara online & kebiasaannya barang akan sampai kepada customer dalam masa 1-2 hari bekerja, diurus sendiri oleh pihak shaklee.Jadi sangat senang, cepat mudah bagi sesiapa yang ingin dapatkan side income dengan shaklee. Sebarang modal tidak diperlukan, kita akan order barang setelah customer membuat pembayaran.

Kawan-kawan yang belum mencuba ESP, meh cuba sekarang..Rasai kehebatan ESP, hot seller shaklee..grab now sebelum stok ESP kehabisan satu Malaysia..stok sangat terhad!!

Bagi ibu-ibu yang prihatin dengan kesihatan anak-anak, ramai yang order MealShakes terus 3 tin dan dapat free 1 tin.

Hubungi saya untuk detail & order;


posted from Bloggeroid

Friday, 24 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

Assalamualaikum dan selamat petang semua kawan2 yang saya muliakan..
Cepat rasanya masa berlalu..kini kita berada di penghujung tahun 1435H..
esok dah 1 Muharram 1436H..

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap selama ini sama ada secara tidak sengaja atau tak disengajakan.. :)

Antara azam tahun baru saya tahun 1436H ialah merealisasikan my vision board..99 impian saya..Semoga terlaksana nanti.Yang paling penting semoga perjalanan hidup kita sentiasa diredhai dan dirahmati Allah SWT.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah 1436H dari saya dan team Empayar Safa Jutawan Shaklee buat semua pembaca YourHealthPartners.com.my

p/s: jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun.sama2 kita banyakkan istighfar dan selawat.




posted from Bloggeroid

Saturday, 18 October 2014

Membeli Sambil Beramal

Pada 14hb Oktober 2014, shaklee melancarkan satu program amal yang dikenali sebagai ' Shaklee Cares for Our Children'.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan..terima kasih saya tak terhingga kepada semua customer yang membeli MealShakes dari kedai online kami, Your Health Partners semenjak program ini diwar-warkan pada September lalu di mana offer MealShakes BUY 3 FREE 1 berlangsung selama 2 bulan.

Program ini diadakan bertujuan untuk memastikan keperluan nutrisi di kalangan kanak2 kurang bernasib baik juga dapat dipenuhi.Shaklee dengan kerjasama My Kasih akan membekalkan MealShakes kepada 2000 keluarga yang kurang berkemampuan selama setahun di mana 10% daripada jualan promosi MealShakes selama 2 bulan ini akan disalurkan sepenuhnya dalam program ini..

Untung sangat mereka yang rebut promosi ini.bukan sahaja menjimatkan malah dapat merebut saham akhirat In Shaa Allah semoga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah SWT..promosi ini akan berakhir pada 31hb oktober 2014..jangan lepaskan peluang ini ok.

Membeli sambil beramal dan menderma!!






Dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Hjh Zaleha Bt Ismail














Ingin dapatkan offer MealShakes ini, boleh hubungi saya.

Sertai keahlian Shaklee hari ini dan dapatkan diskaun sehingga 20%. Join our group Empayar Safa Jutawan Shaklee (since October 2012)!!


More info, contact saya:




SITI SARAH ZAKARIA
019.2659019 (Whatsapp/Telegram/Call)
Pengedar Sah Shaklee
COD: Kajang, BB Bangi, Semenyih, Serdang, Putrajaya, Seri Kembangan dan kawasan sekitar
POSLAJU 1 Malaysia dan Luar Negara

Friday, 17 October 2014

Pengat Pisang Nangka

Tiba-tiba teringin nak makan pengat pisang bila tengok pisang nangka yang dibawa dari kampung dah masak..hehe dah lama tak makan pengat sebenarnya tau!! 

tak berapa suka sangat pulut sebenarnya..mudah muak...bila makan pengat pisang dengan pulut atau pulut durian mesti terasa kena makan nasi time tu jugak.hihihi...

ok ini dia pengat pisang dah siap..tadaaa...khas dari dapur mama Afif & Aisya ;)


 Pengat pisang pisang & pulut


Senang je kan buat pengat pisang..
cara-caranya:
1. ambil beberapa biji pisang dan buang kulitnya.potong pisang secara menyerong
2. panaskan santan,letak bunga cengkih 3 biji, letak gula dan garam secukup rasa. Saya letak gula melaka jugak..nak kaler nampak cantik hehe..sedap pun sedap
3. bila santan dah mendidih, masukkan pisang yang dipotong tadi.biarkan beberapa minit bagi pisang masak tapi jangan terlalu lama tau takut pisang terlalu lembik nanti tak sedap pula. ok da Siap!!

Selamat menjamu selera..nak makan dengan pulut dan roti pun sedap. nak makan macam tu saje pun sedap ;) <3

Selamat mencuba yeee..salam jumaat :)




Wednesday, 15 October 2014

Atasi Masalah Eczema Kanak-kanak

Masalah Eczema Kanak-kanak

Kesian kan tengok anak-anak yang ada masalah eczema..Dulu Afif, anak sulong saya pun ada masalah eczema..mula2 doc bagitahu pasal ni ketika afif berusia lebih kurang 2 tahun lebih, memang tak tahu pun ape itu eczema bila diberitahu oleh doktor masalah afif ketika itu..Doc menyatakan eczema ni disebabkan keturunan datuk nenek kita ada masalah asthma atau resdung....cucu pula akan dapat masalah kulit allergik ini.

Pencuci kain, pencuci lantai, shower gel anak,habuk rumah dan haiwan peliharaan mesti kena dijaga betul2..detergent yang digunakan pilihlah yang organik, bebas bahan kimia. Jika ingin mencuba sabun basuh kain dan pencuci lantai, shaklee pun rangkaian untuk penjagaan rumah. boleh rujuk Healthy Home atau ke laman web shaklee. Klik di sini.

Eczema bukan sekadar ruam2 biasa..jika tidak dirawat dengan segera akan bertambah teruk memberi komplikasi yang menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan lebih2 lagi antibodi kanak2 masih belum kuat!!

Apa itu sebenarnya Eczema?

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyebabkan kegatalan pada kulit.

Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja terutamanya kanak kanak, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity." Namu begitu keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun.


My Shaklee Effect

Alhamdulillah nampak perubahan positif apabila saya berikan Afif MealShakes secara konsisten hanya 1 sudu kecil setiap pagi, masukkan aje ke dalam susu dia..sangat membantu menghasilkan sel kulit yang sihat dan cantik. Bila Eczema melanda, sel kulit akan rosak tau. Jadi MealShakes ni bantu cepatkan hasilkan sel kulit yang cantik kerana 
mealShakes merupakan sumber protein.dapat mencantikkan kulit. MealShakes juga mengandungi vitamin penting A,C, E, Selenium, Zinc untuk kesihatan kulit.Lengkap dengan B complex, Zat Besi untuk membina sel darah yang sihat seterusnya menjadikan kulit lebih glowing. Tinggi kandungan serat, untuk kesihatan usus dan seterusnya memudahkan penyerapan zat2 dan nutrisi.

Selain Meal Shakes,untuk luaran ibu2 boleh mencuba Herbal Blend
Herbal Blend ni best sebab dia melegakan gatal, pedih-pedih. Memang ni first aid kitorang kat rumah. Bila pakai tu kulit rasa sejuk, gatal dan pedih pun hilang.

Vitamin E... Vitamin E ni fungsi dia untuk melicinkan kulit, menghilangkan luka- luka eczema. Sapu je kat luka atau tempat allergik. Bila bintik berair mula naik, cepat- cepat sapu kat bintik berair tu. Yang bagus Vitamin E Shaklee ni, dia ada ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ni lah yang buatkan Vitamin E Shaklee ni cepat nampak kesan.
Lagi satu Vitamin E ni mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria.
Jadi tak perlu risau ape2, dia ala- ala ubat sapu kat luka. Dia memang formulated untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan eczema.

Keempat Omega Guard. Omega Guard ni untuk memastikan kulit kekal lembap. Untuk Eczema yang saya perasan kulit tak boleh kering, nanti luka pedih dan gatal. Mula lah rasa nak menggaru- garu.owhhh sungguh scary bila berdarah!!

Anda boleh cuba MealShakes, Omega Guard dan Herbal Blend dahulu untuk kanak2 yang berusia setahun tahun ke atas. Semasa saya mula consume shaklee, saya hanya belikan MealShakes untuk afif..saya kasi Afif makan untuk mengelakkan Eczema naik satu badan.Ramai ibu2 dah mencuba Set Eczema ini (MealShakes, Herbal Blend, Omega Guard & Vitamin E) dan alhamdulillah kulit anak2 semakin cantik dan bebas eczema..memang rasa hepi sangat2 bila dapat bantu orang lain lebih sihat.


Cadangan untuk masalah eczema. Image baby dari google


Alhamdulillah sekarang pun saya masih berikan anak2 saya supplemen/vitamin Shaklee. Memang berbaloi- baloi lah bershaklee utk eczema ni. Masa awal- awal Afif kena eczema., risau sedih semua ada. kesian tengok anak ada masalah ni menggaru sampai berdarah.....Sebagai seorang ibu saya sangat tersentuh.Luluh hati saya tengok. Jadi ibu- ibu kat luar sana, masih ada harapan untuk eczema anak anda untuk sembuh. Jom kita cuba Shaklee.Saya akan guide kan satu-persatu. Sharing is caring and love!! ;)

DAPATKAN MEALSHAKES PROMOSI BUY 3 FREE 1, SAH SEHINGGA 31 OKTOBER 2014. Sama-sama kita jayakan program shaklee ini. Shaklee Cares for Our Children.
Membeli Sambil Menderma!!!


Sertai keahlian Shaklee hari ini dan dapatkan diskaun sehingga 20%. Join our group Empayar Safa Jutawan Shaklee (since October 2012)!!


More info, contact saya:




SITI SARAH ZAKARIA
019.2659019 (Whatsapp/Telegram/Call)
Pengedar Sah Shaklee
COD: Kajang, BB Bangi, Semenyih, Serdang, Putrajaya, Seri Kembangan dan kawasan sekitar
POSLAJU 1 Malaysia dan Luar Negara

Wednesday, 24 September 2014

Set SkinCare NutriWhite



Set Kecantikan Nutriwhite merupakan set skincare shaklee yang sesuai untuk semua jenis kulit, khasnya kulit normal. saya sendiri juga menggunakan set ini semenjak bulan Disember 2012. saya sangat berpuas hati dengan set ini begitu juga dengan rakan2 shaklee yang lain dan pelanggan yang memang setia dengan Nutriwhite..diakui kualiti set ini setanding dengan SKll..lebih menjimatkan dan tahan lama. Cleanser nutriwhite paling digemari kerana tahan lama dan muka rasa sangat best, segar, bersih dan kulit muka lebih anjal putih berseri.

Gentle Deep Foaming Cleanser

Kod Produk:14581 (150ml)
- Membersihkan dan menyegarkan kulit
- Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
- Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
- Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
-Lembut dan menyegarkan




Gentle Action Makeup Remover

Kod Produk:14580 (150ml)
Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan



Soothing Radiance Whitening Softener

Kod Produk:14582 (150ml)
Melembapkan dan mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit
Kulit terasa lebih segar dan lebih anjal dengan ekstrak Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan kulit
Marshmallow membekalkan lembapan penting
Sungguh berkesan untuk menyihatkan dan menyerikan kulit




Spot Whitening Treatment

Kod Produk:14586 (10ml)
Mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam agar kulit tampak lebih menawan
Kepekatan optimum pati Likuoris dan Peony memberikan kuasa pencerahan botani yang sungguh mengagumkan
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif memperbaiki kulit, meratakan tona dan menghaluskan tekstur kulit




Daily Defense Whitening Essence

Kod Produk:14583 (30ml)
Dirumus dengan kepekatan bahan-bahan asli agar kulit terasa lembut sehalus sutera dan tampil lebih menawan:
Bearberi untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
Strawberi Begonia untuk meratakan tona kulit
Kacang Soya untuk memudarkan dan mengurangkan jeragat dan cela kulit
Mulberi untuk mencegah kesan-kesan kerosakan akibat sinaran matahari
Vitamin C aktif untuk memperbaiki penampilan kulit dan mengembalikan seri wajah
Tekstur esen yang licin dan mudah diserap oleh kulit




Ultimate Protection Whitening Lotion

Kod Produk:14584 (50ml)
Rumusan ringan, tidak melekit dan kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinaran matahari, serta Mountain Arnica untuk melegakan kera dangan kulit dan mengukuhkan ketahanan kulit terhadap elemen negatif persekitaran.




Overnight Renewal Whitening Cream

Kod Produk:14585 (48g)
Bertindak sepanjang malam untuk memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit
Linden membekalkan khasiat dan melembapkan lapisan kulit paling dalam
Scullcap mencerahkan dan melegakan keradangan kulit
Vitamin C aktif mengurangkan jeragat dan cela serta mengembalikan kecantikan kulit
Kulit terasa lebih halus, lebih lembut dan tampak lebih berseri apabila anda bangun daripada tidur pada keesokan harinya




Tuesday, 23 September 2014

Tips penting dalam pengurusan berat badan



Untuk menurunkan berat badan atau mendapatkan berat ideal, apply secara konsisten dan betul konsep 3B seperti dalam Gambarajah iaitu Buang, Bakar dan Bina.

Bukan ambil semuanya yer...ini depend pada tubuh masing2..'Buang' melibatkan proses detox. Sebelum memulakan program shape up atau slimming, detox merupakan perkara pertama yang perlu anda lakukan. Di Shaklee, alfafa complex dan herblax sangat membantu anda dalam menyahtoksin segala lemak, kolesterol yang tidak diperlukan tubuh dan cuci usus yang dah lama berkeladak..hihi

Bakar pula melibatkan proses pemecahan, pencairan dan pembakaran lemak. Lecithin dan Omega Guard boleh menjadi fat burner anda.Nak tahu lebih lanjut mengenai manfaat lain lecithin dan Omega Guard boleh klik.

Manakala Bina merupakan proses penjagaan otot disamping meningkatkan metabolisma dan membakar lemak..Cinch Shake Mix pilihan ramai customer..selalu je customer order untuk dijadikan breakfast yang kaya dengan fiber.

Kedua, pastikan kadar metabolisme tubuh berada pada tahap normal atau tinggi..ramai yang susah nak turunkan.berat badan kerana kadar metabolisme rendah..percernaan dan penghadaman makanan menjadi lambat dan tidak dapat ditukarkan kepada tenaga sepenuhnya tetapi bertukar kepada lemak..Untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh, amalkan cinch energy tea mix.. badan pun rasa bertenaga dan tidak mudah mengantuk.

Ketiga, pastikan hormon anda stabil..ketidakstabilan hormon juga punca kegemukan.Amalkan GLA Complex untuk masalah ini.

Keempat, pastikan pengambilan air sehari mencukupi untuk memastikan proses detox berjaya.

Kelima, pastikan anda mengira minimum pengambilan kalori yang diperlukan oleh badan anda..

More info & order,


Siti Sarah Zakaria
whatsapp/call/sms: 019.2659019
Shaklee.Independent.Distributor
COD area: Bangi, Kajang, Semenyih,Putrajaya
Poslaju 1 Malaysia

Tuesday, 26 August 2014

Tips Meningkatkan Kesuburan dari Dr. Hamid Arshat

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:




1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan.konsisten makan supplemen untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus diingatkan zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT.

Kita sebagai manusia yang lemah perlu terus berusaha tanpa jemu. Kemudian, berdoa dan bertawakal kepadaNya agar diperkenankan hajat kita. In Sha Allah

#supplemen shaklee yg boleh membantu:
~ Vitalea Iron Formula
~ Vitamin E
~ Vitamin C
~ b complex with Asid folic





Gejala Tekanan Darah Tinggi


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entry kali ini saya ingin menyentuh lebih detail mengenai tekanan darah tinggi. ok...Tekanan darah tinggi atau hipertensi bermaksud saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut dan terkumpul pada dinding menyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerja lebih kuat untuk  menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini.


Tanda dan gejala tekanan darah tinggi


• Tekanan darah tinggi dikenali sebagai "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak rawat.


Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

• Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi?Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?


Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.


Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa di seluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.


Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi? 


Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda.

Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan.

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan
anda. Perhatikan senarai yang tercatat di bawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Faktor-faktor yang anda boleh kawal:

 Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda
♥ Senaman- boleh membantu menurunkan berat badan dan mengurangkan tekanan darah.
♥ Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan
♥ Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda
 Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
♥ Kurangkan stress - tekanan mental atau stress boleh meningkatkan tekanan darah
♥ Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. 

Faktor di luar kawalan anda:

• Jantina- kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
• Umur- darah tinggi meningkat mengikut umur
• Bangsa- kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
• Keturunan- risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
• Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

sumber



Suplemen yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk pesakit darah tinggi adalah :

♥♥ Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
♥♥ Omega Guard - melancarkan darah, menghalang pembekuan
♥♥ Vitamin E - Defisiensi selenium berkait pada penyakit jantung
♥♥ Lecithin - Mengelmusi lemak
♥♥ Garlic - Merendahkan tekanan darah
♥♥ ESP - Menurunkan tahap kolestrol & mengelak penyakit jantung
♥♥ B Complex - Mengurangkan stress
♥♥ Vitamin C - Menghalang pembekuan darah  


Cadangan untuk tekanan darah tinggi 


Jika anda mempunyai kekangan bajet boleh cuba set ini terlebih dahulu..In Shaa Allah sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam masalah ini.


 #OmegaGuard - mengurangkan tahap kolesterol, melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan, mengurangkan risiko sakit jantung


 #Garlic - merendahkan tekanan dan mencairkan darah, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol


 #CoQhealth - menguatkan jantung, membantu penghasilan tenaga di dlm jantung, membantu menambah dan mengekalkan tahap coq10 di dalam darah


"Mencegah adalah lebih baik daripada merawat"

Sharing is caring & love <3

Jika ingin mendapatkan lebih info mengenai supplemen shaklee dan masalah kesihatan anda, boleh hubungi saya seperti di bawah


More info, contact me:
Siti Sarah Zakaria
Whatsapp|SMS| Telegram: 019.2659019 (Sarah)
Pengedar Sah Shaklee
COD:  BB Bangi, Kajang, Semenyih, Serdang, Seri Kembangan, Putrajaya
Penghantaran ke seluruh Malaysia via Poslaju
Designed by UMIESUEstudio 2014