Google+ Followers

Wednesday, 29 January 2014

Amalan-amalan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum...
Pada entry kali ini, saya ingin share amalan-amalan yang patut kita amalkan..In Shaa Allah bantu memantapkan iman kita sekaligus disayang olehNya..Indahnya Islam.bersyukur kerana kita dipilih olehNya sebagai peganut agama Islam..agama yang syumul lagi mulia :-)

ni saya kongsikan dari Page  Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad..jom sama-sama kita amalkan




[Doa & Amalan]

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09. Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu


Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah


Sharing is caring ;-)

Monday, 13 January 2014

Tahun Baru, Tittle Baru, Work At Home Mom (WAHM) 5 Figure...Alhamdulillah


Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

Hari ini merupakan pay day Shaklee untuk usaha & titik peluh kami ejen-ejen Shaklee pada bulan Disember 2013..Memang tidak sarah sangka dapat bonus shaklee yang 6 kali ganda dari gaji semasa kerja dulu

Kesusahan yang dulu kini Allah gantikan dengan kemanisan..Ingin terus berjaya , terus lebih memberi dan memberi & menyentuh lebih ramai lagi kehidupan orang lain samada dalam membantu meningkatkan tahap kesihatan orang lain atau membantu orang mendapat side income

Alhamdulillah bersyukur sangat dengan izinNya kini sarah bergelar WAHM 5 figure..ada juga anak didik shaklee sarah sendiri dah merasai 5 Figure juga pada bulan ini & lebih 10 orang anak, cucu & cicit shaklee dah merasai bonus 4 figure sebulan dan ada yang hampir 5 Figure...alhamdulillah sujud syukur sarah

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutama my hubby Mr. Fakhrul Azran yang telah banyak membantu dalam meluaskan empayar safa jutawan shaklee, sentiasa bersama sarah semasa susah & senang, memberi tunjuk ajar ,banyak memberi ilmu dan sokongan yang tak putus-putus kepada sarah begitu juga terima kasih kepada putera puteri mama Afif & Aisya yang sentiasa bersama mama, kerana kamu berdua sayang mama kuat sampai berjaya ke tahap ini..Tidak dilupakan Bonda di kampung yang sentiasa mendoakan kejayaan puterinya ini..Sayang ma.. terima kasih juga kepada my mentor kak Mashitah Mamat yang sentiasa bersama memberi support & semangat kepada sarah..Thanks akak memperkenalkan sarah dengan Shaklee..Rezeki Allah tiada siapa yang tahu kan...Sejujurnya ingin sarah katakan, Shaklee merupakan landasan betol untuk Berjaya & Kaya di dunia & akhirat..

Thanks Allah..Thanks Shaklee <3 <3 <3

# P/s untuk diri sendiri: mesti dapatkan tiket umrah 6 Star FREE tajaan Shaklee pada bulan Mei nanti..Chaiyokkk!!!

Anyone can be a millionaire

Sesiapa yang ingin menyertai Empayar Shaklee sarah , boleh hubungi sarah seperti yang tertera di bawah ini..Saya yakin saya boleh bantu orang lain untuk berjaya jika orang itu sendiri mahu mengubah nasib diri mereka & keluarga mereka..

Yakin, sentiasa berfikiran positif, rajin berusaha & tidak mudah berputus asa menjadi kunci kejayaan ini...disusuli amalan rohani menjemput rezeki..In Shaa Allah nothing is impossible

INGIN KAYA & BERJAYA BERSAMA KAMI


More Info ;


Sarah - 0192659019 (whatsApp/Call)
CEO Empayar SAFA Jutawan Shaklee
Pengedar Terbesar Shaklee di Semenyih, Kajang, Bandar Baru Bangi

Sunday, 12 January 2014

Master Celebration ~ Master Nur Laila

Assalamualaikum,,

Pada 5 Jan 2014, saya berkesempatan menghadiri salah satu program tajaan shaklee iaitu Master Coordinator Celebration Master Nur Laila di Pullman Putrajaya Lakeside berdekatan dengan PICC di Presint 5 Putrajaya..

Untuk pengetahuan semua, Master Coordinator merupakan pangkat tertinggi dalam Shaklee..Doakan saya juga berjaya sampai Master Coordinator yer...bukan senang sebenarnya ingin meraih kejayaan macam beliau , ada perjalanan mudah dan ada yang perjalanan business agak berliku ..alhamdulillah saya sekarang sebagai Senior Coordinator...tiga langkah lagi ke arah Master Coordinator

Bukan pangkat yang diidamkan tetapi semakin tinggi rank kita, semakin banyak peluang yang kita dapat dan boleh membantu lebih ramai orang dan dapat membelanjakan wang untuk agama Allah..In Shaa Allah..

Nak berjaya, kenalah sentiasa mendampingi orang yang berjaya...
Nak akhlak mulia, kenalah bergaul dengan orang yang berakhlak mulia
Nak kaya iman, kenalah selalu mengingatiNya

Jom  sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik...

Man Jadda Wa Jada


Family Shaklee ku (My mentors, Adik beradik,anak & cucu Shaklee)

Kak Laila & suami

Aku  bersama insan yang hebat








Friday, 3 January 2014

Mulakan Tahun Baru 2014 dengan Shaklee (PROMOSI JANUARI 2014)

Assalamualaikum..

Sempena tahun baru 2014, kami Your Health Partners ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014..

semoga tahun baru membawa seribu keberkatan, kebahagian & lebih kesihatan yang baik buat kita semua..Aamiin

Bismillahirrahmanirrahim..

Promosi alfafa bulan ni semua orang tertunggu2 kan..!!

Alfafa dikenali sebagai RAJA SEGALA TUMBUHAN…terdapat 1001 khasiat alfafa yang mana semua orang perlu cuba..
Rugiii jika sesiapa belum lagi mencuba ALfafa Complex iaitu Shaklee Signature Formula..





BUY 6 FREE 1 >>>>

Beli 6 botol Alfafa Complex , bawak balik 7 botol Alfafa Complex..memang best kan??
Alfafa dipercayai boleh membantu dalam :

  •           Masalah Resdung/Gout/Eczema
  •       Penyusuan Ibu iaitu sebagai milkbooster
  •       Masalah kencing manis
  •           Kesuburan
  •           Menurunkan Berat badan
  •           Keputihan
  •       Masalah penghadaman




Kelebihan alfafa:

# Kaya dengan nutrisi dan mineral
# melegakan rasa kebas & sakit sendi
# merendahkan KOLESTEROL
# mengandungi enzim penting untuk penghadaman
# sebagai milkbooster (bantu mempercepatkan penghasilan susu & boleh pekatkan susu badan)
# Sebagai ejen DETOX (menyahtoksin) ~ wajib diambil semasa proses menurunkan berat badan
# mengurangkan masalah RESDUNG/ALLERGI HIDUNG
# mengurangkan masalah KULIT ALLERGI/GATAL2
# mengatasi & memulihkan MASALAH KEPUTIHAN & KEINTIMAN SUAMI ISTERI, sebagai kacip fatimah
# memulihkan URAT SELEPAS BERSALIN
# membesarkan payudara
# menstabilkan paras gula dalam darah (pesakit diabetes)
# meningkatkan stamina lelaki

Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. 

Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Info & order,


Sarah - 0192659019 (whatsApp/Call)
Shaklee Independent Distributor
COD area: Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya
Penghantaran ke Seluruh Malaysia, Sabah Sarawak via Pos Laju/Gdex.


                                                                                                                                                                                                          
Designed by UMIESUEstudio 2014