Google+ Followers

Tuesday, 25 February 2014

Vitamin Semulajadi Untuk Kesihatan

Assalamualaikum..

Jom dapatkan vitamin semulajadi untuk kesihatan anda..kesihatan anda, keperihatinan kami..In Shaa Allah saya di sini untuk membantu anda di luar sana jika ada sebarang masalah boleh hubungi saya dengan segera..

di kesempatan ini, saya sekali lagi ingin mewar2kan promosi bulan ni Vitalea Iron Formula masih lagi berlangsung..Promosi berbaki 3 hari lagi..jom tengok set ape yang mengandungi Vitalea..


PROMOSI FEBRUARI 2014


1.                SET IBU HAMIL
2.                SET BERPANTANG
3.                SET PENYUSUAN & MILKBOOSTER
4.                SET KESUBURAN SUAMI ISTERI
5.                SET KULIT CANTIK
6.                SET TAMBAH BERAT BADAN
7.                SET SLIMMING BERDIET SECARA SIHAT
8.                HYPOTIROID/BEGUK
9.                SET DIABETES (SUGAR CONTROL SET)
10.               HB LOW (ANEMIA)
11.              TEKANAN DARAH RENDAH
12.              MASALAH RAMBUT GUGUR


LAIN-LAIN SET YANG KAMI ADA:

SET KANAK-KANAK SIHAT & PINTAR
SET DARAH TINGGI
SET KESIHATAN SENDI
SET GOUT
SET RESDUNG
SET KULIT ALLERGIK/ECZEMA
SET DETOX 
SET PENGHADAMAN
SET ANTI-PENUAAN 
SET KESIHATAN LELAKI & WANITA 
SET GASTRIK
SET TONSIL
SET SENGGUGUT & KEPUTIHAN


Info & order,


Sarah - 0192659019 (whatsApp/Call)
Shaklee Independent Distributor
COD area: Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya
Penghantaran ke Seluruh Malaysia, Sabah Sarawak via Pos Laju/Gdex.
Penghataran ke luar negara via Air Parcel

Thursday, 13 February 2014

Doa dan Amalan untuk Memperolehi Zuriat

Bismillahirahmanirrahim...untuk perkongsian bersama..Selain ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee, doa & amalan rohani seharusnya diamalkan juga..Allah yang memberikan segalanya..JANGAN JADI SOMBONG iaitu 'usaha tanpa berdoa'..semoga usaha kita diberkatiNya dan kita sentiasa mendapat kasih sayang daripadaNya..Ingatlah Allah takkan membiarkan tangan hambaNya kosong yang selalu meminta daripadaNya..Yakinlah dengan rezeki Allah :-)

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. 




Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.  Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.  Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan 
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.




Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

credit: semanis kurma tv9

Wednesday, 12 February 2014

PROMOSI FEBRUARI 2014 (VITALEA)


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca blog YourHealthPartners.com.my..
kabare??hihihihi

Dah lama saya tak tulis entry kat blog kan...hehehe sibuk mengalahkan PM katakan..tak menang tangan setiap hari uruskan biz Shaklee dan uruskan rumahtangga lagi hehehe..tapi semua itu alasan kan..NAK BERJAYA jangan bagi sebarang alasan..jadikan masalah yang ada sebagai cabaran untuk berjaya..to do list everyday kena ada..follow atau tak follow je..kena more disiplin dan berubah demi impian sendiri :-)

ok berbalik pada promosi bulan ni, tanpa kita sedari pantasnya waktu, sekarang dah 12hb Februari..promosi bulan ini Vitalea Iron Formula berbaki 16 hari lagi..Rugii pengguna tegar shaklee tak grab peluang ini untuk tambah stok vitalea atau sesiapa sahaja yang ingin mencuba Shaklee, ini lah masa yang sangat sesuai..mulakan kehidupan baru yang lebih menitikberatkan kesihatan diri sendiri dan insan-insan sekelililig kita yang disayangi..

Setiap bulan Shaklee akan adakan promosi satu produk sahaja tau yang mana kami ejen-ejen shaklee akan dimaklumkan pada awal bulan iaitu 1hb..sebelum masuk bulan baru takde sape2 pun tahu ape produk promosi bulan seterusnya..So harap maklum hihihi...Bulan ni awal shaklee hantar messages inform pasal produk promosi BUY 6 FREE 1..maybe disebabkan cuti lama CNY..saya pun ambil kesempatan balik kg juga jumpa mak ayah & family tersayang kat kg..

Ok..Nak dapatkan 1,2,3 botol pun boleh..boleh dapatkan dari saya dengan Harga Promosi terbaikk untuk semua customer YHP pada bulan ini sahaja...pada 1hb Mac nanti, harga akan kembali kepada harga asal..so cepat2 bertindak ye :-)


Antara set yang boleh dicadangkan multivitamin ini adalah seperti berikut:
Set Ibu Hamil
Set Ibu Berpantang
Set Kulit Cantik Berseri-seri
Set Tambah Berat Badan
Set Menyusu
Set Hypotiroid
Set Diabetes (Sugar control set)
Masalah anemia
Masalah rambut gugur atau Kesihatan rambut
Set Slimming Berdiet Secara Sihat
Set Kesuburan Suami Isteri

Vitalea merupakan salah satu vitamin asas dalam Family Wellness, so kebanyakan set kesihatan akan di cadangkan mengambil vitalea sekali KECUALI ....jom baca

Terdapat beberapa golongan yang TAK BOLEH MAKAN Vita-Lea ye kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan mereka.
So, sebelum anda membeli sebarang supplemen Shaklee, pastikan anda berterus-terang mengenai sebarang masalah kesihatan yang anda hadapi agar Distributor dapat menyarankan supplemen yang sesuai serta tepat untuk keperluan anda. So, takde lah nanti anda dapat extra masalah & membazir duit je kan
Anda dinasihatkan TIDAK mengambil Vita-Lea jika anda mengalami salah satu masalah di bawah : 

1. pesakit SLE : Vita-Lea mengandungi Alfalfa. Pesakit SLE tak boleh makan sebarang supplemen yang ada Alfalfa. Kenapa ? Sebab Alfalfa mengandungi amino acid L-canavanine yang boleh mencetuskan serta meningkatkan keradangan pesakit SLE.
2. Mereka yang ada masalah alah dengan herba ( Vita-Lea mengandungi Alfalfa ) 

3. pesakit Thalassemia (especially Thalassemia Major) kerana Vita-Lea mengandungi Zat Besi. Pesakit Thalassemia dah mengalami masalah beban zat besi berlebihan dalam badan.
4. mereka yang ada masalah Hyperthyroid. Pesakit ini mengalami masalah kadar Iodin yang tinggi dalam darah. Vita-Lea mengandungi Iodin. Ini akan meningkatkan lagi paras Iodin dalam tubuh mereka dan menyebabkan keradangan.

Jika anda tidak mengalami sebarang masalah ini, jom ber Vita-Lea :-)

Info & order,

Sarah - 0192659019 (whatsApp/Call)
Shaklee Independent Distributor
COD area: Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya
Penghantaran ke Seluruh Malaysia, Sabah Sarawak via Pos Laju/Gdex.
Penghataran ke luar negara via Air Parcel

Thursday, 6 February 2014

Vitalea ~ Multivitamin Pertama Di Dunia



Jom kenali Shaklee..Tahukah anda siapakah penemu multivitamin pertama di dunia? Dan tahukah anda dari mana datangnya perkataan Vitamin???

Dr. FORREST C SHAKLEE merupakan org pertama yg bertanggungjawab menemukan multivitamin yg pertama pada usia 21 tahun iaitu pada tahun 1915. 
Nutrisi Shaklee dicipta berasaskan alam semulajadi.Perniagaan jualan langsung wujud selepas 1956 dan mereka menggunakan konsep itu untuk pemasaran.


Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee. 
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. 


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi-spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-Tab". Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

  • Vitalea adalah kombinasi hebat yg merangkumi multivitamin, multimineral dan iron.
  • Sebiji Vitalea mengandungi 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian utama bg membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi.
  • Ia sgt penting untuk kesihatan menyeluruh dan penting utk pembentukan sel dan darah.
  • Vitalea mempunyai sistem penyerapan bioactivated berpatent utk memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain berlaku secara optimum.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000. Bagusnya vitalea kan..nak taknak memang wajib diambil dalam diet seharian kita..



MANFAAT VITALEA:
  • memastikan penyerapan vitamin dan mineral lain dgn lebih efektif
  • mencantikkan dan menegangkan kulit
  • membuatkan kuku yang licin
  • menguatkan akar rambut
  • mencegah penyakit tiroid@ beguk(sebab kurang iodin..dan dlm vitalea ada iodin)
  • penting utk diet - vitalea membantu membekalkan tenaga agar tidak lesu
  • Buat preggy & breastfeeding mom pengambilan vitalea amatlah penting kerana mineral dan vitamin serta iron penting utk tumbesaran anak. Ini kerana jika kurang sumber iron mereka akan mudah pening dan rasa nak pitam. 
  • Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutama mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Membantu golongan yg alah pada sumber laut juga bg menghadapi kekangan untuk mendapatkan sumber iron disebabkan harga yg terlalu mahal.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan. 
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
  • Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu system memori dan focus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  •  Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.



Pendek kata Vitalea merupakan sumber vitamin yang sangat penting & lengkap bagi mereka yg sgt mementingkan tahap kesihatan. Bg yg susah nak telan byk2, pil Vitalea lah jawapannya..Sebiji Vitalea adalah bersamaan lebih kurang 40 jenis lauk... bg yg nak berdiet tu mmg sesuai la telan 2 biji vitalea sehari..boleh berdiet tanpa kehilangan nutrisi :-)

Apabila orang tanya dan minta konsultasi utk supplemen yg memberi tenaga,  saya akan suggest VITALEA terlebih dahulu then ESP, B COMPLEX dan SR Vitamin C..keempa-empat ni merupakan Vitamin Asas Shaklee dan mostly di ambil dalam setiap set kesihatan yang ditawarkan 


P/S: Jangan sewenangnya mengambil sebarang multivitamin khasnya ibu2 hamil..Pastikan selamat, halal & bukan vitamin sentetik




Info & order,




Sarah - 0192659019 (whatsApp/Call)
Shaklee Independent Distributor
COD area: Kajang, Semenyih, Bandar Baru Bangi, Putrajaya
Penghantaran ke Seluruh Malaysia, Sabah Sarawak via Pos Laju/Gdex.

Wednesday, 5 February 2014

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Credit:Shaklee 

INGIN DAPATKAN SHAKLEE, BOLEH HUBUNGI SAYA CALL/WHATSAPP KE 019-2659019 (PUAN SARAH) 

Saturday, 1 February 2014

Vita-Lea® Iron Formula



Multi vitamin & Multi mineral


Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 



Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Designed by UMIESUEstudio 2014