Google+ Followers

Friday, 17 October 2014

Pengat Pisang Nangka

Tiba-tiba teringin nak makan pengat pisang bila tengok pisang nangka yang dibawa dari kampung dah masak..hehe dah lama tak makan pengat sebenarnya tau!! 

tak berapa suka sangat pulut sebenarnya..mudah muak...bila makan pengat pisang dengan pulut atau pulut durian mesti terasa kena makan nasi time tu jugak.hihihi...

ok ini dia pengat pisang dah siap..tadaaa...khas dari dapur mama Afif & Aisya ;)


 Pengat pisang pisang & pulut


Senang je kan buat pengat pisang..
cara-caranya:
1. ambil beberapa biji pisang dan buang kulitnya.potong pisang secara menyerong
2. panaskan santan,letak bunga cengkih 3 biji, letak gula dan garam secukup rasa. Saya letak gula melaka jugak..nak kaler nampak cantik hehe..sedap pun sedap
3. bila santan dah mendidih, masukkan pisang yang dipotong tadi.biarkan beberapa minit bagi pisang masak tapi jangan terlalu lama tau takut pisang terlalu lembik nanti tak sedap pula. ok da Siap!!

Selamat menjamu selera..nak makan dengan pulut dan roti pun sedap. nak makan macam tu saje pun sedap ;) <3

Selamat mencuba yeee..salam jumaat :)




Post a Comment
Designed by UMIESUEstudio 2014