Google+ Followers

Sunday, 30 November 2014

Sabun Untuk Cuci Botol Susu Anak, Bebas Bahan Kimia

Dish Wash Concentrate Tangkas Menghapuskan Minyak

Jika kami menyatakan bahawa Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain
Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Credit: Shaklee Malaysia

Hand Dish Wash ~ peneman saya di dapur




Saya gunakan untuk cuci botol2 susu anak sy..botol2 nampak berkilat bersih jer, memang best, boleh juga digunakan utk basuh pinggan mangkuk...natural & bau fresh je uolls

Sesuai sangat untuk ibu2 yg allergik pada sabun, sgt lembut pada tangan..
bebas bahan kimia...
diekstrak drp jagung..
Anak2 pun tidak terdedah kpd bahan kimia kan ~~

Hanya setitik dua je sekali cucian..tahan lama berbulan2 sebab pekat..Hanya RM28 sahaja.Harga retail...473ml.
Jika nak lagi jimat join la keahlian shaklee hari ini.Hanya RM65 sahaja seumur hidup untuk pendaftaran. Murah je kan.Berbaloi sgt.

Ingin dapatkan produk shaklee dan mempunyai masalah kesihatan, hubungi saya untuk konsultasi secara percuma.

Ingin menjana income 3, 4, 5 angka dari rumah, hubungi saya, MENTOR SHAKLEE HEBAT ANDA!!
Grab tawaran hebat 3C yg shaklee tawarkan.

Detail & order;
Siti Sarah Zakaria
Senior Coordinator Shaklee Malaysia
ID: 893982
Whatsapp/WeChat/Telegram: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com




Wednesday, 26 November 2014

Suplemen untuk Tambah Tenaga, Atasi Masalah Keletihan Melampau

Anda selalu penat? walaupun dah cukup tidur tetapi badan masih rasa lemah, kurang bermaya, kurang bertenaga. Usia dah semakin meningkat,nak tambahkan tenaga, nak jaga otot badan.Anda jejaka tampan atau wanita hebat yang mementingkan kesihatan secara menyeluruh? Di sini, sy mencadangkan anda 4 jenis supplemen seperti di bawah:



1. CoQHealth Plus -

mengandungi 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL,
meningkatkan peredaran darah, membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.

Mengandungi 30 kapsul.Penggunaan untuk sebulan.

2. Vivix -

Vivix merupakan anti-penuaan shaklee,memberikan tenaga dan memperbaiki sel-sel sehingga DNA. Hanya 1 sudu kecil sehari. Penggunaan 1 botol adalah selama 2 bulan.

Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaan sel.

Antioksidan terhebat untuk mencegah segala kanser dan mengurangkan kebarangkalian mendapat penyakit kronik.

3. ESP - Soy Protein Isolate Powder (850g)

Merupakan hot seller shaklee.
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan. Serbuk ESP shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol
Menjaga otot.
Sangat membantu masalah gastrik.
Tidak sesuai untuk pesakit gout.

Kebaikan ESP:
- Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya.
- Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dengan terkawal.
- untuk kesihatan secara menyeluruh, mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai untuk pesakit diabetes.

Penggunaan untuk 2 bulan jika diambil 2x sehari sebelum sarapan, sebelum dinner atau after workout.

4. Omega Guard

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung.
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal.
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

UNTUK BULAN NOVEMBER 2014 SAHAJA, GET 5% DISCOUNT UNTUK PEMBELIAN 2 BOTOL OMEGA GUARD.

More info & order,
Siti Sarah Zakaria
Shaklee ID: 893982
Whatsapp/Wechat/Telegram/Call: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com
FB: Siti Sarah Zakaria
Page : Your Health Partners

posted from Bloggeroid

Sunday, 23 November 2014

Tips Untuk Ibu Bapa Cemerlang

Jom amalkan 10 tips utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

posted from Bloggeroid

Monday, 10 November 2014

Push Factor untuk Berjaya dalam Shaklee

Assalamualaikum wbt semua kawan2 dan pembaca setia blog saya yourhealthpartners.com.my.

Antara push factor kuat saya untuk berjaya dalam Shaklee adalah anak2 saya yang masih kecil. Putera dan puteri kesayangan mama yang hensemmm dan comelll. Diberi nama Aisya Damia Syuhada (3yr) dan Afif Ulwan Mustaqim (4yr)...selang umur diorang adalah lebih kurang 19bulan sahaja hihi..Alhamdulillah syukur dikurniakan anak2 syurga ini. Kedua2 mereka mempunyai kelebihan masing2 dan ragam yang berbeza..hihi kata orang 10 orang anak, 10 jenis la ragamnya..
Syukur, anak sememangnya anugerah Allah yang sangat bernilai, pembawa rezeki buat setiap ibu ayah....


Masing2 menggayakan baju yang kami beli di Port Dickson
pada 2hb November 2014 yang lalu, celebrate besday Aisya Damia.

Untuk pengetahuan kawan2, di dalam biz shaklee juga saya merupakan Coach untuk anak2 cucu cicit shaklee saya. Saya banyak coaching diorang secara online through whatsapp/ fb dan sometimes saya jumpa diorang face to face untuk coaching secara offline..Guide diorang dari semasa ke semasa dan saya ada group fb sendiri untuk diorang. Saya bernekad untuk meneruskan perjuangan dalam dunia shaklee walaupun banyak tugas lain saya kena lakukan,niat kerana Allah, membantu lebih ramai org menjalani hidup dengan lebih sihat dan membimbing anak cucu cicit empayar Safa Jutawan Shaklee berjaya mendapat income 4-5 angka sebulan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi org Islam. In Shaa Allah.

Saya nampak shaklee ni sangat bagus. Modal tidak diperlukan, tidak perlu invest banyak wang untuk dapat bonus setiap bulan tetapi jeng jeng anda perlu modal tenaga, masa dan emosi untuk berjaya dalam Shaklee.Macam mane tu??? Secara ringkasnya, dalam Shaklee tiada istilah goyang kaki semua..Yang pertama pastikan anda mempunyai internet untuk memudahkan anda update info kat laman sosial like fb, blog, twitter, instagram.
Untuk join shaklee, anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM65 sahaja. Keahlian shaklee ini adalah seumur hidup. Nak join shaklee dengan FREE MEMBERSHIP pun boleh, iaitu dengan cara mengumpul order terlebih dahulu sehingga 200uv iaitu lebih kurang RM650. Saya akan guide ahli yang join bawah saya sehingga berjaya.

Ok berbalik kepada push factor saya nak berjaya dalam shaklee,

Selain anak, saya juga mempunyai Vision Board saya sendiri dan 99 impian saya yang mesti saya realisasikan sebelum saya menghembuskan nafas terakhir, ini misi hidup saya. Saya listkan satu persatu impian yang saya nak dalam hidup dan menampal pada dinding workstation saya di rumah. Setiap hari saya akan visualize them. Semoga Allah makbulkan impian saya untuk melihat orang2 di sekeliling saya bahagia terutamanya ma dan arwah abah, suami saya yang tercinta dan anak2 saya. Jangan takut untuk berangan atau bermimpi kerana jika ditulis dan kita minta daripadaNya In Shaa Allah akan tercapai akhirnya. Aamiin

Di sini saya ingin share impian saya yang boleh dikongsi bersama.semoga memberi inspirasi anda yang luar sana.
Tulis dan tampal tau...



IMPIAN SAYA

FINANCIAL FREEDOM

ADA LONG TERM SAVINGS FOR SPENDING

INVESTMENT 

UMRAH, HAJI

ROUND THE WORLD (UK, US, SWITZERLAND)

MASA LEBIH DENGAN FAMILY & ANAK2

MENAMBAH NILAI LEBIH RAMAI ORANG & MENYENTUH KEHIDUPAN RAMAI LAGI ORANG

LAHIRKAN RAMAI LEADERS 5 ANGKA

LAHIRKAN 4-5 ORANG MASTERS PER CYCLE

CUSTOMER SEMAKIN RAMAI

AHLI BARU SHAKLEE SEMAKIN RAMAI


Ok....Bagaimana saya terjebak dalam Shaklee??

Semasa breastfeeding anak sulong saya Afif Ulwan, saya merasakan tubuh sangat lemah dan saya mencari penyelesaian dengan tanya Pak cik google hihi dan terjumpa vitamin kesihatan untuk ibu menyusu. saya mencuba set penyusuan shaklee..Alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga dan dapat menyusukan anak saya sehingga setahun lebih.

Apabila mengetahui saya hamil, saya terpaksa stop menyusukan afif kerana bimbingkan kandungan  sebab ramai suara yang mengatakan akan efek pada baby dalam kandungan. Rasa bersalah juga dan menyesal menghentikan penyusuan ini, kesian afif.....Ramai juga still continue breastfeeding walaupun hamil kan. Mungkin ini yang terbaik dan perancangan Allah adalah terbaik.

Dan kali ke2 mencuba shaklee semasa susu badan merudum ketika bulan puasa hampir tiba, pada  ketika itu  saya bf anak yang ke2. Set yang saya consume adalah Set Mighty 3 Gems (Esp, MealShakes & Performance Drink).Alhamdulillah susu banyak sepanjang bulan Puasa tanpa saya risau lagi.

Selepas perubahan yang saya rasai, badan pun bertenaga, afif yg ada masalah eczema alhamdulillah beransur pulih setelah mengamalkan MealShakes....Akhirnya saya mengambil keputusan untuk sign up sebagai member shaklee pada 11 Oktober 2012 untuk berkongsi dengan orang lain kebaikan shaklee dan untuk jadikan side income, ingin meringankan beban suami saya pada ketika itu saya bekerja di sebuah syarikat swasta di BB Bangi sebagai procurement engineer. Alhamdulillah saya sangat bersyukur diketemukan dengan shaklee.
Shaklee pada ketika itu belum famous macam sekarang tau...hehe ramai yang belum mengenali shaklee.

Ingin menjana income 3,4,5 angka dari rumah, hubungi saya untuk join project RM500. Hanya 5 orang sahaja yang saya perlukan untuk bulan ini. 

Saya komited untuk membantu mereka yang serius untuk merubah hidup ke arah lebih baik dari segala aspek.



More info & order,
Siti Sarah Zakaria
Shaklee ID: 893982
Call/Whatsapp/Telegram: 019.2659019
Email: siti.sarah.zakaria@gmail.com
Page: Your Health Partners






posted from Bloggeroid

Saturday, 8 November 2014

Sedekah Subuh

INGIN DIMURAHKAN REZEKI? INGIN PERNIAGAAN MAJU? INGIN URUSAN DIPERMUDAHKAN? INGIN KAYA? INGIN TENANG?INGIN BAHAGIA? 
JOM SEDEKAH SUBUH...

forward whatsapp daripada kawan sarah dalam group whatsapp kami 'Amalan Rohani'..jom baca semoga bermanfaat

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stress. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group  laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.




oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar. 

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.



CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...jom sama2 kita praktikkan..boleh start buat untuk anak2 kita yang masih kecil..
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Semoga kita sama-sama amalkan.Mencari keredhaan Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin




Designed by UMIESUEstudio 2014