Google+ Followers

Monday, 22 June 2015

Shaklee National Conference 2014/2015

Assalamualaikum..Salam 5 Ramadhan dan selamat pagi buat semua pembaca setia blog ini..dah lama rasanya Sarah tak update blog hihi..adehh

Pada 5-7hb Jun 2015, Sarah ada event shaklee bertempat di Palace of the Golden Horses (untuk National Conference Qualifiers sahaja) dan di MIECC Mines di Seri Kembangan (Star Awards Achievers).

Alhamdulillah event terbesar shaklee ini merupakan National Conference kali ke-3 sarah dijemput hadir sebagai Star Achiever Awards semenjak Sarah join shaklee.

Bukan semua orang layak untuk menerima anugerah semasa NC yang diadakan setiap tahun, NC ini adalah untuk memberi penghargaan kepada leader yang effective sepanjang cycle dan juga dapat berpeluang mendengar sharing-sharing yang best dari mentor2 yang dah berjaya, yang dah jutawan..Memang sangat2 menjadi kagum dengan semangat dan usaha gigih diorang.

Untuk layak ke NC, setiap bulan dalam satu cycle means selama 12 bulan kena pastikan effective iaitu capai target yang ditetapkan oleh pihak shaklee.

Untuk dapatkan Convention trip (salah satu 3C yang ditawarkan oleh shaklee) , pengedar perlu mencapai rank supervisor terlebih dahulu. Once dah naik rank supervisor, SID boleh la mengumpul point tiap2 bulan untuk dapatkan tiket Convention trip..Alhamdulillah sepanjang cycle lepas Sarah berjaya mendapat 2 tiket dan melayakkan diri mendapat penginapan 5 bintang di Palace Of The Golden Horses selama 3 hari 2 malam. Syukur sangat dapat satu bilik yang cukup selesa dan tidak perlu share dengan SID lain hihi yang dapat hanya 1 tiket. Ini kali ke2 dapat 2 tiket, tahun lepas berjaya mendapat penginapan di Sunway Resort dan Pakej dengan Sunway Lagoon.

Ini gambar2 semasa pendaftaran dan check in di hotel pada 5hb Jun.















Semasa pendaftaran, kami dapat 2 bag goodies & lunch allowance untuk 2 hari..sebanyak RM200...best kan macam2 ada dalam goodies hihi...kalau beli tiket ke NC pun dapat goodies ni ..tiket hanya RM30 sahaja tapi isi kat dalam bernilai lebih rm100 hehehe untung sesiapa yang pergi NC aritu..

Setelah sampai bilik, kami dikejutkan dengan hadiah lagi daripada shaklee lagi..wowwwwi dapat 2 kotak Collagen Powder tau exclusive daripada shaklee..Best giler ..1 kotak Collagen powder bernilai lebih kurang Rm300...boleh buat masker la , raya pun dah nak dekat..Nak telan tak boleh hihi sebab Sarah pregnant..tunggu lepas bersalin nanti kita telan collagen ni banyak2 kasi tegang, anjal, lebih cantik balik kan hahahaha..
Collagen juga dikatakan boleh banyakkan susu ibu..



Lepas check in, sepatutnya ada program lain shaklee dah aturkan..tetapi kami tidak dapat join , keadaan tidak mengizinkan..tambahan pula mak yong dah 33 weeks...adeii dah tak larat nak jalan jauh2 dan kesihatan tidak mengizinkan..kalau tak preggy, memang dah join dah, jalan2 kat KL (central market, muzium negara, aquaria KLCC) dan Fun Fair Nite welcome dinner di Grand Hyatt Kuala Lumpur..

Kenangan di Palace Of the Golden Horses;







Pada hari ke-2, semua star award achiever dikehendaki ke MIECC, Mines Seri Kembangan yang tak jauh dari Palace of the Golden Horses. Beberapa booth kesihatan dibuka oleh pihak shaklee Malaysia untuk check tahap kesihatan pengunjung NC selama 2 hari NC berlangsung.free of chargr...siap ada booth NutriWhite lagi... Tak ketinggalan juga kaunter untuk shopping produk shaklee dan item promosi. Selain itu, kaunter untuk barangan exclusive shaklee pun dibuka..Sarah sempat la juga grab sebatang payung & sebiji tote bag shaklee.hehe....pada malam pula, ada majestic nite dinner.



Pada hari ke-3, NC bermula dari pagi lagi hingga pukul 4.30ptg. Ini antara gambar2 sepanjang NC berlangsung bersama anak-anak dan cucu-cicit shaklee yang juga berjaya menerima awards pada NC kali ini.
InsyaAllah NC tahun depan lebih ramai lagi leader2 dalam Empayar Safa Jutawan Shaklee akan dapat turut serta dalam event terbesar shaklee ini.Aamiin..Semoga Allah permudahkan perjalanan kami dalam shaklee.

Ape yang sarah pegang selama ini, Allah melihat setiap usaha kita.Hasil yang kita dapat adalah setimpal dengan usaha yang kita laburkan sebelum ini. Man Jadda Wajada..Yakin dan percaya lah dengan rezeki daripada Dia.
Hanya diri kita yang dapat mengubah nasib kita, bukan orang lain. Demi impian sarah, sarah akan terus berusaha dan berjuang dalam shaklee. Semoga Allah memberi peluang untuk sarah menyentuh lebih ramai lagi kehidupan insan di luar sana.



posted from Bloggeroid





Designed by UMIESUEstudio 2014