Google+ Followers

Friday, 11 September 2015

9 Tips Menjayakan Penyusuan Ibu Secara Eksklusif



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Susu ibu merupakan satu anugerah yang tidak ternilai untuk bayi yang baru dilahirkan. Ibu merupakan insan yang Allah amanahkan untuk menyusukan si kecil ini.

 Anak2 ini merupakan amanah Allah yang perlu kita jaga sejak dari kandungan lagi. Berikan yang terbaik untuk mereka.
Mereka ibarat kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.

Tidak dapat dinafikan ramai ibu yang tidak berjaya dan tidak mampu menyusukan bayi mereka sehingga cukup umur 2 tahun. Bukan sengaja untuk tidak menyusukan bayi tetapi ramai yang mempunyai masalah tertentu dan keadaan tidak mengizinkan..Sesungguhnya susu yang dihasilkan juga rezeki daripada Allah , namun kita sebagai ibu boleh berusaha dengan lebih gigih dan lebih bernekad dengan azam yang kuat lagi untuk menjayakan penyusuan ibu selama 2 tahun seperti yang telah disyariatkan di dalam Al-Quran.

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. (Surah Al-Baqarah 2: 233)

Untuk menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif, ibu hendaklah berusaha mencari ilmu penyusuan dan mempraktikkannya setiap hari.

Di sini saya nak share beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

1. Yakin bahawa susu sentiasa cukup
- Ibu hendaklah yakin bahawa susu badan sentiasa cukup untuk keperluan si manja, sentiasa berfikiran positif dan mempunyai azam yang kuat walaupun ketika susu merudum. Ini kerana production susu banyak dipengaruhi oleh emosi ibu itu sendiri.

2. Kerapkan sesi mengepam dan menyusu
- Bagi ibu bekerja, pastikan ibu tidak miss jadual pengepaman. Sekurang2nya 3 jam sekali untuk memenuhi konsep supply n demand dan meningkatkan production susu. Kerapkan juga penyusuan secara direct (direct feeding).

3. Sentiasa kosongkan breast
- Setiap kali selepas seisi penyusuan secara direct feeding (df), ibu dikehendaki mengosongkan breast dengan mengepam atau menggunakan kaedah marmet iaitu dengan menggunakan tangan. Cara ini sangat penting untuk merangsang penghasilan susu yang baru dan mengelakkan dari masalah susu tersumbat dan risiko susu menjadi beku dan akhirnya menjadi nanah..scary!

4. Sentiasa berdoa dan berzikir
- Ibu boleh amalkan zikir Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanMu) sebanyak 70x setiap pagi dan malam , membaca bismillah dan selawat ketika hendak menyusukan bayi dan ketika hendak memulakan sesi pengepaman.

Selain itu, ibu boleh amalkan surah2 ini sebagai doa menambah susu badan.

Surah Ar-ad Ayat 8-9

Surah Al-Baqarah Ayat 60

5. Minum air yang banyak
- Ibu hendaklah minum air lebih 3 liter sehari. 80% daripada susu ibu adalah air.

6. Tidak mudah berputus asa 
- Ibu jangalah mudah berputus asa jika susu merudum. Mereka hendaklah berusaha berikan yang terbaik untuk si manja.

7. Menjaga emosi
- Ibu hendaklah sentiasa menjaga emosi, ceria dan tidak terlalu mengikut perasaan sehingga berlakunya stress. Berzikirlah selalu dan enjoy your journey of breastfeeding oke :)
Para suami memainkan peranan penting dalam hal ini. Bantulah isteri agar mereka tidak merasa tertekan.

8. Makan makanan yang berkhasiat
- Lebihkan protin dalam makanan dan diet seharian. Ambil suplemen jika perlu. Menurut Dr. Hamid Arshat, ibu menyusu perlu mengambil multivitamin, asid folik, kalsium dan omega-3 setiap hari. Bukan semasa hamil je kita perlu menjaga pemakanan, tetapi semasa menyusu pun kita perlu mengambil makanan berkhasiat dan suplemen untuk kesihatan.
Penting yeee vitamin ni untuk ibu menyusu. KLIK DI SINI.

9. Power Pumping & Penyusuan Malam
- Power pumping ialah mengepam berterusan selama sejam, 10 minit pam & 10 minit rehat dan ulang lagi dan lagi sehingga cukup sejam. Buat setiap hari selama satu minggu dan tengok hasilnya nanti. Kaedah power pumping ini sangat bagus kerana boleh meningkatkan production susu. Amalan menyusukan bayi di waktu malam pula merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

InsyaAllah sama2 kita mempraktikkan tips ini. Semoga tips di atas dapat membantu ibu2 di luar sana dalam menjayakan misi menyusukan bayi selama 2 tahun.


Happy breastfeeding ;)




Post a Comment
Designed by UMIESUEstudio 2014