Google+ Followers

Tuesday, 15 September 2015

Tingkatkan Sistem Imun Tubuh Semasa Jerebu

Assalamualaikum wbt. 

Salam sayang dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yourhealthpartners.com.my :)

Malaysia dilanda jerebu yang teruk..

Pagi ni ku terjaga dari tidur pada pukul 2.30 pagi, maklum la kan ada baby kecik hihi..Bila terjaga dari tidur, biasanya susah la nak tidur balik lebih2 lagi dah lama nak update blog..terpanggil nak share pasal masalah jerebu yang melanda negara kita skrg ni..

Bila scroll fb, baca status kwn2... esok (15hb Sept 2015) sekolah cuti...means Afif dan Aisya pun cuti la esok kan..diorang tadika..nanti kena call sekolah diorang tanya pasal ni. 

Info dari astro awani, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup pada Selasa ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan melebihi 200.

Penutupan sekolah di beberapa negeri itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan di dalam tweet terbaharunya lewat Isnin malam.

Bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lokasi terbabit mencatatkan tahap sangat tidak sihat hingga berbahaya dengan Banting kawasan yang paling teruk terjejas dengan bacaan IPU 207...teruk juga jerebu kali ni.naik risau jadinya dengan kesihatan anak2..

Semenjak jumaat lepas lagi 11 Sept 2015 , ku perasan bila suami pulang rumah hendak mengambil anak2 untuk dihantar ke sekolah. cuaca panas dan berbau asap.nampak sekitar kawasan taman berjerebu jer..memang udara tidak berapa nyaman la kan..sian anak2...bab kesihatan anak2 saya memang ambil berat.Kalau anak2 jatuh sakit, resah gelisah fikirkan diorang sampai pening kepala jadinya..huhu..malam pun tak lena nak tidur la jawabnya

Punca jerebu kali ni berpunca dari pembakaran terbuka di Indonesia..
-Indonesia mohon maaf atas masalah jerebu yang berpunca dari negara itu
 -Lebih 1,000 askar Indonesia dikerah tangani kebakaran hutan
 -Tahap jerebu di Sabah dan Sarawak akan merosot dalam tempoh 48 jam
-Tujuh lokasi catat IPU tidak sihat pada hari Selasa
 -Pesawat dilencongkan ke Sibu akibat jerebu

Apakah itu Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. 

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.
Info: sumber 

Jerebu ni mengandungi bahan kimia asing halus yang terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen di dalam sel pernafasan. Tips dari Prof. Dr. Norhisham Wahab, jangan lupa minum air kelapa dan limau nipis sahaja ketika bencana ini. Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C yang dapat menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yang lebih merbahaya!!

Nasib baik la juga stok Sustained Release vitamin C plus dan Chewable Vit C ada kat rumah. Nutriferon pun ada.

Tips bg mencegah komplikasi akibat jerebu terutama mereka yg allergik dgn debu,athma, pedih mata dn sukar bernafas terutama kanak2:
1) Kurangkn aktiviti di luar rumah
2) Pasangkan penapis udara yg baik
3) Pakai topeng tutup hidung dan mulut
4) Minum banyak air suam
5) Amalkan vitamin semulajadi bg meningkatkan sistem imune tubuh spt Sustained Release Vit C Plus, Nutriferon, Zinc Complex & Garlic Complex. Chewable Vit C dan Nutriferon boleh bagi kat anak2..perisai ni wajib kena ada kat rumah...memang sangat2 diperlukan

Nutriferon

6) Amalkan juga makanan tinggi anti-oksidan atau suplemen seperti Vitamin E dan Vivix . Ini kerana anti-oksidan ini akan menghalang radikal bebas (hasil drpd bahan kimia di udara) daripada merosakkan sel di dalam badan.
Kalau sel badan kita sihat, radikal bebas susah nak attack. Kalau lemah (sbb selsema, batuk), immune system kita low, radikal bebas yang jahat tu akan mengaktifkan sel kanser di dalam tubuh kita. Scary!

Immune Booster Set
Siap masuk dalam magazine lagi tu...

Jom tingkatkan sistem imun badan kita secara semula jadi dengan set immune booster ni & suplemen anti-oksidan. Sistem pertahanan badan yang lemah sangat berbahaya,boleh mendedahkan diri kita kepada radikal-radikal bebas & seterusnya pelbagai penyakit kronik, mengakibatkan penyakit degeneratif, kanser sehingga sel2 kanser menjadi aktif...BAHAYA tak if sistem pertahanan badan kita lemah????

"Mencegah itu lebih baik dari merawat"
"Prevention is better than cure"

Saya doakan kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Semoga cuaca dan udara di negara kita pulih seperti sedia kala.Aamiin..
Waallahualam.

Salam sayang, 
Sarah


Post a Comment
Designed by UMIESUEstudio 2014