Google+ Followers

Monday, 25 April 2016

5 KHASIAT SAYURAN HIJAU

1. Membantu proses menurunkan berat badan

Ia rendah karbohidrat dan kaya dengan serat. Bantu beri rasa kenyang berpanjangan. Menu sangat sesuai untuk penurunan berat badan.

2. Mencantikkan kulit

Mangandungi banyak air, bantu badan kekal kelembapan dan menyumbang pada kecantikan kulit dan rambut. Anti oksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen. Mengurangkan risiko arthritis. M

3. Membina dan memperbaiki tulang

Sayuran hijau seperti kailan tinggi dengan kalsium dapat bantu pastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.

4. Memastikan sistem imun kuat

Sayur seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

5. Menangani masalah kesihatan

Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah berjaya mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah tinggi.

Bagi anda yang sukar untuk makan sayur, ini masanya untuk anda mula berjinak-jinak mengambil sayur dalam diet seharian.



Tahukah anda 5 jenis tumbuhan terbaik untuk membersihkan badan dari toksin ialah Alfalfa, Milk Thistle, Daun Senna, Halia dan Polyphenols.

Alfalfa -> Agen mencuci darah
Milk Thistle ---> Agen mencuci hati
Daun Senna ---> Agen mencuci usu
Halia ---> Agen pemecah angin
Polifenol -
> Agen anti penuaan dan radang

Jangan biarkan tubuh badan kita dipenuhi racun. Jom detox bersama saya.



Bulan ni ada promosi set detox. Hubungi saya untuk info lanjut.

posted from Bloggeroid

Post a Comment
Designed by UMIESUEstudio 2014