Google+ Followers

Thursday, 18 May 2017

Rendang Ayam Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi menu CikSa untuk anak-anak dan suami tersayang adalah Rendang Ayam..weeee. Husband CikSa memang suka tau makan rendang ayam ni siap cicah dengan roti lagi hehee.

Time raya wajib kan ada rendang ayam dimakan dengan nasi impit. Nak makan dengan pulut kuning juga best.sedap ngat..yummyy

Walaupun CikSa sekarang tengah detox , memasak untuk family adalah wajib setiap hari untuk memastikan makanan yang diambil betul-betul sihat dan bersih.
Say No to Tok Aji hahahahaha

Okey. Berbalik pada resepi yang ingin CikSa kongsikan, CikSa memilih untuk buat sendiri rendang ayam ni tanpa menggunakan  perencah segera. 








Resepi Rendang Ayam
sentuhan kasih CikSa @ Mama Sara

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar - dikisar
1 labu bawang putih -dikisar
2 inchi halia - ditumbuk
2 inchi lengkuas -ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
2 sudu serbuk Cili
1 sudu besar Cili Giling
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping
Gula
Garam
2 sudu besar kerisik
4 helai Duan Limau Purut
1 helai Daun Kunyit


Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah penumis (3 serangkai) tadi beserta bahan yang dikisar dan juga serai. Tumis sehingga naik baunya. 

2. Kemudian masukkan serbuk cili dan cili giling, serbuk kunyit, halia dan lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga nampak garing sedikit.

3. Masukkan ayam dan gaul biar rata dan tutup penutup kuali .biarkan ayam kecut dan masukkan sedikit santan dengan air untuk memastikan ayam tadi betul-betul masak. kemudian masukkan kesemua santan dan gunakan api yang perlahan.

4. Setelah ayam masak , boleh lah masukkan kerisik , gula, garam secukup rasa. masak sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak. Jika nak ada kuah sedikit, tak perlu kuah agak kering ye. akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba! :)






Sunday, 16 April 2017

Membina Fokus Kanak-kanak




Ramai ibu bapa merungut anak mereka kurang fokus semasa belajar. Hanya boleh bertahan untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Sebenarnya fokus anak-anak ini boleh dibentuk dari masa ke masa. Antara tips dan cara yang boleh dilakukan ialah:

1. Matikan semua alat elektronik. Yang ni sangat penting. Sorokkan gadget-gadget. Cuba amalkan tips pertama ni, fokus anak akan naik berlipat kali ganda.

2. Strategi pembelajaran yang menyeronokkan. Ringkaskan ilmu yang nak diberi. Jadikannya dalam bentuk yang santai dan menggembirakan. Senyum dan jangan marah. Ini juga sangat penting. Jangan jadikan belajar satu yang membebankan. Ibu hendaklah kreatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

3. Tempat belajar yang tenang dan nyaman. Minda anak suka kepada suasana tenang. Semakin tenang, semakin mudah fokus.

4. Rehat yang cukup. Bila mereka cukup rehat, minda mereka akan bersedia terima apa jua maklumat baru. Jika mereka letih, gunalah strategi mak nenek apapun, ianya takkan menjadi :)

5. Minum banyak air. Air adalah nyawa bagi otak. Otak akan lesu jika air kurang. Air yang cukup menyebabkan otak akan lebih mudah fokus.

6. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.

7. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.

Pengambilan Omega dan Lecithin membantu anak-anak untuk lebih fokus.



Monday, 13 March 2017

GEJALA SERANGAN JANTUNG PADA LELAKI


1. Rasa tidak selesa di dada tengah selama beberapa minit. Rasa itu datang dan pergi.

2. Rasa tidak selesa ini menyebabkan sakit hingga ke bahu, leher dan lengan kiri. Rasa sakit ini sama ada sekejap atau konsisten.

3. Rasa sakit boleh juga menyerang di bahagian hulu hati perut. Jangan biarkan rasa sakit ini. 

4. Salah satu tanda lagi serangan jantung awal ialah rasa sesak nafas akibat kekurangan oksigen. 

5. Rasa sakit dada semasa bernafas dan denyutan jantung menjadi laju.

6. Rasa mual dan muntah kerana ada ransangan dalam sistem saraf tubuh

7. Tanda lain pada seorang lelaki yang diserang jantung ialah berpeluh dan peningkatan suhu badan

8. Muka kelihatan pucat dan rasa pusing kepala.

9. Mudah lelah, gangguan pencernaan, rasa gelisah dan cemas.

10. Tidak dapat tidur dengan baik

Dapatkan Set Jantung Sihat dari Shaklee demi memastikan Jantung anda terus berdegup untuk yang tersayang.


Perunding Kesihatan Anda,
Shaklee Ind. Distributor
Sarah Zakaria
+60192659019



Designed by UMIESUEstudio 2014