Google+ Followers

Sunday, 16 April 2017

Membina Fokus Kanak-kanak




Ramai ibu bapa merungut anak mereka kurang fokus semasa belajar. Hanya boleh bertahan untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Sebenarnya fokus anak-anak ini boleh dibentuk dari masa ke masa. Antara tips dan cara yang boleh dilakukan ialah:

1. Matikan semua alat elektronik. Yang ni sangat penting. Sorokkan gadget-gadget. Cuba amalkan tips pertama ni, fokus anak akan naik berlipat kali ganda.

2. Strategi pembelajaran yang menyeronokkan. Ringkaskan ilmu yang nak diberi. Jadikannya dalam bentuk yang santai dan menggembirakan. Senyum dan jangan marah. Ini juga sangat penting. Jangan jadikan belajar satu yang membebankan. Ibu hendaklah kreatif mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.

3. Tempat belajar yang tenang dan nyaman. Minda anak suka kepada suasana tenang. Semakin tenang, semakin mudah fokus.

4. Rehat yang cukup. Bila mereka cukup rehat, minda mereka akan bersedia terima apa jua maklumat baru. Jika mereka letih, gunalah strategi mak nenek apapun, ianya takkan menjadi :)

5. Minum banyak air. Air adalah nyawa bagi otak. Otak akan lesu jika air kurang. Air yang cukup menyebabkan otak akan lebih mudah fokus.

6. Peraturan dibuat bersama. Apabila ibu bapa mahu menetapkan waktu belajar, bermain atau rehat, cuba babitkan anak-anak dalam mengaturnya. Minta pandangan dan persetujuan mereka. Peraturan yang dibuat bersama lebih mudah diikuti dan dipatuhi berbanding datang dari ibu bapa.

7. Nyatakan ganjaran. Memberikan ganjaran setiap kali anak-anak berjaya mendapat markah atau kedudukan baik dalam peperiksaan mendorong mereka belajar. Ibu bapa perlu bijak memikirkan apa bentuk ganjaran disukai anak dan mampu membuatkan mereka bersemangat belajar. Ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuatu yang jelas dan boleh digambarkan.

Pengambilan Omega dan Lecithin membantu anak-anak untuk lebih fokus.



Designed by UMIESUEstudio 2014