Google+ Followers

Thursday, 18 May 2017

Rendang Ayam Yang Mudah dan Sedap

Assalamualaikum wbt.

Siang tadi menu CikSa untuk anak-anak dan suami tersayang adalah Rendang Ayam..weeee. Husband CikSa memang suka tau makan rendang ayam ni siap cicah dengan roti lagi hehee.

Time raya wajib kan ada rendang ayam dimakan dengan nasi impit. Nak makan dengan pulut kuning juga best.sedap ngat..yummyy

Walaupun CikSa sekarang tengah detox , memasak untuk family adalah wajib setiap hari untuk memastikan makanan yang diambil betul-betul sihat dan bersih.
Say No to Tok Aji hahahahaha

Okey. Berbalik pada resepi yang ingin CikSa kongsikan, CikSa memilih untuk buat sendiri rendang ayam ni tanpa menggunakan  perencah segera. 








Resepi Rendang Ayam
sentuhan kasih CikSa @ Mama Sara

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 ulas bawang merah besar - dikisar
1 labu bawang putih -dikisar
2 inchi halia - ditumbuk
2 inchi lengkuas -ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai diketuk
2 sudu serbuk Cili
1 sudu besar Cili Giling
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 keping asam keping
Gula
Garam
2 sudu besar kerisik
4 helai Duan Limau Purut
1 helai Daun Kunyit


Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah penumis (3 serangkai) tadi beserta bahan yang dikisar dan juga serai. Tumis sehingga naik baunya. 

2. Kemudian masukkan serbuk cili dan cili giling, serbuk kunyit, halia dan lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga nampak garing sedikit.

3. Masukkan ayam dan gaul biar rata dan tutup penutup kuali .biarkan ayam kecut dan masukkan sedikit santan dengan air untuk memastikan ayam tadi betul-betul masak. kemudian masukkan kesemua santan dan gunakan api yang perlahan.

4. Setelah ayam masak , boleh lah masukkan kerisik , gula, garam secukup rasa. masak sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak. Jika nak ada kuah sedikit, tak perlu kuah agak kering ye. akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba! :)






Designed by UMIESUEstudio 2014